Doktor SG boleh guna AI beri antibiotik kepada pesakit
Anggaran Waktu Membaca:
![Doktor SG boleh guna AI beri antibiotik kepada pesakit Doktor SG boleh guna AI beri antibiotik kepada pesakit](https://dam.mediacorp.sg/image/upload/s--LCq7A0S3--/c_fill,g_auto,h_468,w_830/f_auto,q_auto/v1/mediacorp/berita/images/2022/09/29/istock-1081947082.jpg?itok=Wt6cuJv3)
Mastocheck boleh digunakan sebagai tambahan ke[ada mamogram rutin bagi diagnosis yang lebih tepat. (Gambar: BongkarnThanyakij/iStock)
SINGAPURA: Tidak lama lagi doktor di Singapura mungkin boleh menggunakan teknologi Kecerdasan Buatan (AI) dalam soal pemberian antibiotik kepada seseorang pesakit.
Ia menyusuli kejayaan satu projek perintisnya di mana data daripada lebih 8,000 pesakit menunjukkan ketepatan 90 peratus.
Model AI itu dicipta oleh sebuah pasukan Hospital Besar Singapura (SGH) bersama-sama dengan sebuah firma IT dan agensi teknologi kesihatan tempatan.
Pada masa ini sistem AI itu digunakan bagi pesakit yang mengalami radang paru-paru iaitu salah satu jangkitan paling sering dirawat di hospital.
Semasa projek perintisnya dijalankan, sistem itu yang dipanggil AI 2D dapat menentukan dengan tepat 90 peratus semasa diagnosa pertama, sama ada seseorang pesakit itu perlu diberi antibiotik atau tidak.
Kadar itu lebih tinggi daripada 60 peratus yang dilakukan doktor.
Pasukan SGH mengatakan model AI itu dapat menjimatkan masa doktor sehingga 20 peratus bagi setiap kes.
Selain itu, sistem tersebut juga boleh menyarankan jenis antibiotik yang diperlukan seseorang pesakit serta jumlah dosnya.
Model huraian AI itu masih dipertingkatkan lagi dan pasukan penciptanya berharap ia dapat digunakan di merata Singapura bagi penyakit-penyakit jangkitan biasa yang lain pada masa depan.

Sumber : CNA/MU/at
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.