Doktor SG bangunkan teknik baru bedah tulang belakang
Anggaran Waktu Membaca:

Gambar: CNA
SINGAPURA: Kaedah baru pembedahan tulang belakang, yang dibangunkan di Singapura, sudah meringankan beban beberapa pesakit di Hospital Alexandra.
Ia kurang invasif berbanding dengan kaedah biasa dan mengekalkan pergerakan tulang belakang.
Ini membuatkan pembedahan itu sesuai bagi lingkungan usia yang lebih luas.
Teknik itu juga mengurangkan kesakitan dan mengatasi isu-isu berkait pembedahan seperti sendi yang kejang dan osteoporosis.
Lebih 100 pesakit yang berumur antara 21 dengan 75 tahun sudah menjalani pembedahan tersebut dalam tempoh 15 bulan yang lalu.
Pesakit warga emas yang mengalami osteoporosis dan memerlukan pembedahan untuk menggantikan tulang belakang yang reput dan rosak kini boleh menjalani pembedahan tersebut.
Kaedah baru itu sudah menjadi norma di unit tulang belakang Hospital Alexandra di Queenstown.
FUNGSI JADI KEUTAMAAN
Dr Dennis Hey, pengarah unit kaedah baru pembedahan tulang belakang itu menjelaskan bahawa kaedah melumpuhkan bahagian tulang belakang yang terjejas dan menghentikan tulang itu daripada menekan saraf lain adalah sesuatu yang dilakukan selama hampir 20 tahun.
Apa yang berbeza menerusi kaedah baru itu adalah dengan memasukkkan 'spinal disc' yang mempertingkat pergerakan pesakit dan membantu mereka bergerak dengan lebih bebas selepas pembedahan.
KONTEKS TEMPATAN
Keadaan tulang belakang yang merosot adalah perkara biasa berlaku di Singapura, dengan kes dijangka meningkat pada tahun-tahun mendatang disebabkan oleh penduduk yang semakin menua dan tabiat gaya hidup umum, menurut Sistem Kesihatan Universiti Nasional (NUHS) dalam kenyataan medianya.
Punca kemerosotan kesihatan tulang bekalang termasuk penuaan, obesiti, tabiat gaya hidup yang tidak sihat seperti kurang bersenam dan postur yang tidak baik serta bahaya pekerjaan.
Memandangkan orang Asia bersaiz lebih kecil berbanding orang Barat, Dr Hey kini bekerjasama dengan pasukan reka bentuk antarabangsa untuk menyesuaikan reka bentuk dan saiz implan yang lebih sesuai buat pesakit di rantau ini.

Sumber : CNA/FA/fa
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.