Skip to main content

Singapura

Doktor sambut baik saranan perbaiki proses disiplin Majlis Perubatan S'pura

Para doktor menyambut baik saranan untuk memperbaiki proses disiplin Majlis Perubatan Singapura (SMC), termasuk menyingkatkan masa yang diambil untuk menilai semula kes-kes dan menubuhkan sebuah unit dalaman untuk mendakwa doktor-doktor yang disyaki melakukan amalan yang menyeleweng.

Anggaran Waktu Membaca:
Doktor sambut baik saranan perbaiki proses disiplin Majlis Perubatan S'pura

(Gambar hiasan: Pexels)

Diterbitkan : 15 Sep 2019 01:05PM Dikemas Kini : 15 Sep 2019 01:09PM

SINGAPURA: Para doktor menyambut baik saranan untuk memperbaiki proses disiplin Majlis Perubatan Singapura (SMC), termasuk menyingkatkan masa yang diambil untuk menilai semula kes-kes dan menubuhkan sebuah unit dalaman untuk mendakwa doktor-doktor yang disyaki melakukan amalan yang menyeleweng. Setakat ini, SMC bergantung kepada khidmat firma guaman privet.

Gambaran mengenai keseluruhan saranan awal itu diumumkan oleh Menteri Negara Kanan Kesihatan merangkap Undang-Undang Edwin Tong di persidangan perubatan yang berlangsung di Hotel Carlton pada Jumaat (13 Sep).

Walaupun ada yang beranggapan bahawa saranan awal itu sebagai langkah menuju ke arah yang betul, sebilangan doktor memberitahu Mediacorp, kemungkinan timbul cabaran untuk melaksanakannya selepas ia diluluskan.

Antara saranan utama yang diusulkan kumpulan kerja merangkumi 12 anggota yang ditubuhkan pada Mac lalu adalah penyingkatan masa yang diambil untuk menyemak aduan yang diserahkan kepada SMC.

Ini termasuk memproses aduan sehingga ia dikemukakan kepada tribunal disiplin dalam jangka 10 bulan, dan membenarkan penangguhan bagi jawatankuasa aduan hanya sekali sahaja.

Buat masa ini, jawatankuasa aduan menilai aduan yang dilaporkan kepada SMC. Jika perlu, jawatankuasa itu akan merujukkan kes itu kepada tribunal disiplin SMC yang kemudian akan mengarahkan doktor terlibat untuk menghadiri pembicaraan.

Sebilangan doktor membangkitan keprihatinan sama ada SMC berupaya mendapatkan khidmat anggota-anggota yang sesuai bagi jawatankuasa siasatan baru yang disarankan itu, yang akan ditugaskan untuk menyaring kes-kes yang kurang bahan bukti dalam tempoh tiga minggu.

Dr Desmond Wai, seorang pakar gastroenterologi, menambah bahawa dengan adanya keprihatinan berhubung konflik kepentingan, SMC mungkin menghadapi kesulitan mencari anggota-anggota yang sesuai untuk menganggotai jawatankuasa-jawatankuasa SMC, termasuk jawatankuasa siasatan yang baru.

Encik Tong memberitahu para wartawan di luar satu persidangan perubatan bahawa jawatankuasa siasatan itu akan dianggotai mereka yang berpengalaman dari segi proses-proses disiplin dan arif tentang proses-proses perubatan dan guaman dalam jawatankuasa aduan dan tribunal disiplin.

Dr Wai pula menambah, Kementerian Kesihatan (MOH) boleh menyediakan perincian lanjut tentang rawatan-rawatan yang memerlukan keizinan berdasarkan fakta, dan menyarankan agar MOH mengenakan had masa terhadap doktor untuk mendapatkan kebenaran sedemikian daripada para pesakit.

Kumpulan kerja tersebut akan meneruskan pengumpulan maklum balas daripada para pengamal perubatan dan akan mengemukakan saranannya kepada MOH untuk disemak pada hujung tahun ini, ujar Encik Tong.

Sumber : Today/ZM/zm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita