Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Doktor pesara didenda kerana bahayakan keselamatan pesakit; beri ubat tanpa buat ujian pra-preskripsi

Anggaran Waktu Membaca:

SINGAPURA: Seorang doktor yang sudah bersara didenda S$1,500 oleh mahkamah pada Khamis (10 Feb) kerana membahayakan keselamatan pesakitnya lapan tahun lalu.

Dia memberikan preskripsi pil tanpa mengatur ujian pra-preskripsi, lantas gagal mengesan masalah perubatan sedia ada pesakit berkenaan.

Haridass Ramdass, 77 tahun mengaku bersalah atas satu tuduhan membahayakankeselamatan peribadi pesakit berkenaan di Tekka Clinic Surgery pada 2014.

Ketika kejadian itu, pesakit tersebut berusia 28 tahun dan bekerja sebagai pekerja binaan.

Beliau telah pergi ke tiga doktor GP pada Oktober dan November 2014 selepas mengalami ruam pada badan, muka, lengan dan kaki.

Pekerja itu didiagnos menghidap psoriasis di setiap klinik tersebut dan diberi ubat berbeza, termasuk krim steroid dan antihistamin.

Apabila keadaannya tidak bertambah baik, pesakit itu pergi ke klinik Haridass pada 24 November 2014.

Semasa memeriksanya, Haridass juga mendiagnos pesakit itu menghidap psoriasis dan memberinya suntikan dexamethasone. Dia kemudian memberi 10 pil methotrexate (MTX), 10 pil prednisolone dan 10 pil chlorpheniramine.

Mahkamah diberitahu bahawa MTX adalah ubat yang sering digunakan dalam rawatan barah, tetapi juga boleh digunakan untuk merawat psoriasis yang teruk.

Ubat itu bagaimanapun boleh menyebabkan kesan reaksi toksik yang serius dan boleh mengancam nyawa.

Haridass tidak mengatur bagi pesakit itu menjalani ujian pra-preskripsi sebelum memberikan ubat itu kepada pesakit.

Akibatnya, Haridass gagal mengesan penyakit buah pinggang yang dihidapi pesakitdan kesan toksik ubat MTX terhadap pesakit.

Haridass diwakili Peguam Kanan Davinder Singh.

Atas kesalahan membahayakan keselamatan pesakit, Haridass boleh dipenjara sehingga tiga bulan, didenda sehingga S$1,500, atau kedua-duanya sekali.

Sumber : CNA/FA/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan