Doktor haiwan terus didampingi bagi pastikan peraturan lebih ketat tidak naikkan kos rawatan
Anggaran Waktu Membaca:
Peraturan baharu dalam bidang veterinar disambut baik untuk pertingkat piawaian.
SINGAPURA: Perundangan baharu untuk mengawal selia kerjaya doktor haiwan di Singapura dialu-alukan oleh pemain industri sebagai langkah yang sudah lama dinanti-nantikan untuk mempertingkatkan piawai sektor tersebut.
Sekalipun demikian, mereka juga memberi amaran bahawa langkah itu boleh menyebabkan kenaikan kos bagi pemilik haiwan peliharaan.
Pihak industri memberitahu Mediacorp bahawa rangka kerja aduan yang baharu mungkin terlalu keras terhadap kerjaya tersebut. Ini boleh menyebabkan sesetengah klinik mengambil langkah tambahan untuk melindungi diri mereka daripada aduan atau tindakan disiplin.
Ini menyusuli tindakan Singapura yang akan menubuhkan Majlis Veterinar untuk mengawal selia kerjaya dan mempertingkatkan piawai industri di bawah Rang Undang-Undang yang diluluskan di parlimen pada 8 April.
Menteri Negara Pembangunan Negara Alvin Tan memberitahu parlimen bahawa bilangan doktor haiwan berlesen sudah meningkat lebih lima kali ganda dalam tempoh dua dekad kepada hampir 700 orang menjelang hujung 2024.
Pada masa yang sama, perkhidmatan yang ditawarkan menjadi lebih canggih seiring dengan jangkaan orang awam terhadap piawai profesional yang lebih tinggi.
KEBIMBANGAN MENGENAI PEMATUHAN & KOS
Persatuan Veterinar Singapura (SVA) menyatakan bahawa penubuhan Majlis Veterinar adalah langkah besar ke hadapan dalam kepercayaan awam.
Namun, mereka memberi amaran bahawa rangka kerja aduan tersebut mungkin menyebabkan doktor haiwan melakukan lebih banyak ujian dan prosedur tambahan sebelum memulakan rawatan sebagai langkah "berjaga-jaga".
Presiden SVA, Dr Teo Boon Han, berkata kos perniagaan akan meningkat kerana klinik perlu menanggung kos pematuhan dan undang-undang yang lebih tinggi.
"Seseorang mungkin akan mengamalkan 'perubatan bersifat mempertahankan diri' jika peraturan terlalu tegas. Jika sebelum ini saya hanya melakukan satu atau dua ujian, sekarang untuk memastikan saya selamat dari segi undang-undang, saya mungkin mahu melakukan 10 ujian sebelum melakukan pembedahan," kata Dr Teo.
Beliau percaya ini akan menaikkan harga prosedur rutin bagi pemilik haiwan peliharaan.
BEBAN KEWANGAN PEMILIK HAIWAN
Kebimbangan ini timbul ketika bil veterinar sudah pun meningkat. Seorang pemilik anjing, Cik Kerrine Chan, berkata beliau kini lebih peka terhadap kos selepas pernah ditawarkan harga S$12,000 untuk rawatan barah anjingnya, namun terpaksa menolaknya disebabkan oleh kesempitan kewangan.
Dr Teo mengakui bahawa doktor haiwan sering berdepan tekanan apabila tidak dapat memberikan rawatan terbaik kerana pemilik tidak mampu membayar.
Beliau juga menjelaskan bahawa perubatan haiwan tidak mempunyai subsidi pemerintah atau pelan insurans yang kukuh seperti perubatan manusia.
Untuk menangani tekanan kos dalam jangka panjang, industri memperbaharui gesaan untuk mengadakan latihan doktor haiwan di dalam negara.
Buat masa ini, mereka yang ingin menjadi doktor haiwan perlu belajar di luar negara dengan kos antara S$600,000 hingga S$1 juta.
Kos pendidikan yang tinggi ini menyebabkan ramai doktor haiwan memulakan kerjaya dengan hutang peribadi yang besar.
Diharapkan dengan adanya latihan tempatan, kos pendidikan dapat dikurangkan dan bekalan doktor haiwan dapat dipertingkatkan, sekali gus membantu mengurangkan yuran rawatan pada masa hadapan.
Kumpulan kebajikan haiwan seperti SPCA juga menyatakan bahawa sekolah tempatan boleh membantu menangani kekurangan kakitangan di pusat perlindungan haiwan.
Sekalipun demikian, Dr Teo mengakui bahawa menubuhkan sekolah veterinar adalah kompleks dan mahal kerana memerlukan jumlah haiwan ternakan yang mencukupi untuk latihan klinikal bagi mendapatkan pengiktirafan antarabangsa.
Pihak berkuasa menyatakan ia akan berusaha untuk memperkukuh latihan berkaitan veterinar di dalam negara, termasuk laluan bagi mereka yang ingin menukar kerjaya ke bidang ini.

Sumber : CNA/NK/nk
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.