Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Doktor GP alu-alukan strategi SG Yang Lebih Sihat namun jangkakan cabaran dari segi operasi

Anggaran Waktu Membaca:
BERITAmediacorp: Kementerian Kesihatan (MOH) menyatakan sebagai permulaan, kesemua 670 klinik Rangkaian Jagaan Asas (PCN) akan menyertai daya usaha SG Yang Lebih Sihat apabila ia dilancarkan pada pertengahan tahun hadapan.

Doktor keluarga (GP) yang dihubungi BERITAmediacorp mengalu-alukan strategi yang diusulkan tetapi akur pelaksanaannya mungkin akan menjadi lebih mencabar terutama sekali dari segi operasi.

Mereka juga menganggap strategi SG Yang Lebih Sihat itu sebagai satu peralihan daripada penjagaan kesihatan yang pasif kepada yang aktif.

Menurut para doktor, ia adalah daya usaha yang baik dalam jangka masa panjang.

Doktor keluarga Pusat Perubatan MyHealth, Dr Saiful Nizam misalnya merasakan bahawa inisiatif tersebut boleh memperkasakan para pesakit untuk lebih mengambil berat tentang keadaan kesihatan mereka.

"Ia lebih kepada kepedulian dan ia lebih mendalam kerana si pesakit akan memberikan cerita atau masalah yang peribadi dan doktor itu mempunyai kedudukan yang khusus dan istimewa untuk mendengar masalah ini.
Gambar: Rosli A Razak

"Dari segi itu, pertalian antara pesakit dan doktor itu sangat penting untuk dijaga dan dari segi itu kita mampu untuk melihat melakarkan rancangan kesihatan dan bagaimana seseorang itu dapat meningkatkan kesihatannya," kata Dr Saiful.

Pelan kesihatan yang disarankan pula akan lebih menyeluruh di mana para pesakit akan digalakkan melakukan pemeriksaan dan saringan kesihatan secara kerap.

Dr Fadzil Jaafar dari Klinik Perubatan Hougang Mission pula berpendapat daya usaha itu akan menekankan semula penjagaan asas ataupun "primary care" di mana pencegahan adalah lebih baik daripada mengubati.

a
Gambar: Dr Fadzil Jaafar

"Sebagai doktor keluarga, saya peka untuk menjaga para pesakit saya dalam segi pencegahan. Jadi saya selalu suruh mereka membuat saringan, membuat mamogram dan 'PAP smear' ataupun vaksinasi tapi kadang-kadang pesakit pandang serong sedikit pada kita. Mereka merasakan bahawa kita menjual secara berlebih-lebihan Jadi sekurang-kurangnya dengan program ini, mereka faham apa yang kita cuba buat.

"Kita cuba untuk menjaga kesihatan mereka supaya mereka tidak menjadi sakit dan memerlukan wang yang banyak pada bila mereka tua nanti," kongsi Dr Fadzil. 

Namun dengan skop penjagaan pesakit yang lebih luas, ada kebimbangan tentang beban kerja pentadbiran dan kos sokongan IT.

"Ini pasti memerlukan pemerkasaan digital. Sistem-sistem IT di mana ia dapat membuat kerja kita lebih mudah. Bagi kami sebagai doktor keluarga, kita sudah mempunyai banyak urusan pentadbiran di klinik dan sebagainya jadi kami tidak ingin untuk dibebankan dengan perkara itu," kata Dr Saiful.

a
Gambar: Dr Fadzil Jaafar
Sumber : BERITA Mediacorp/RR/fa

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan

Aa