Doktor gigi palsu didenda tawarkan rawatan secara haram di hotel
Anggaran Waktu Membaca:
(Gambar: CNA/Jeremy Long)
SINGAPURA: Seorang wanita yang mempelajari bagaimana untuk melakukan rawatan gigi ketika pandemik COVID-19, menawarkan khidmat demikian kepada para pelanggan di Singapura.
Dia akan menempah bilik hotel di Singapura untuk menjalankan rawatan seperti penyelenggaraan pendakap gigi dan khidmat memasang veneer.
Namun, perbuatannya terbongkar apabila seorang pelanggan yang tidak berpuas hati melaporkan kepada pihak berkuasa apabila dia tidak dapat membersihkan giginya dengan flos gigi, selepas menjalani prosedur pemasangan veneer oleh 'doktor gigi' tersebut.
Siti Shahrima Abd Rahim, 37 tahun, seorang warga Malaysia, didenda S$2,500 oleh mahkamah daerah pada Isnin (8 Apr).
Dia mengaku bersalah atas satu tuduhan di bawah Akta Pendaftaran Pergigian, dengan satu tuduhan serupa dipertimbangkan.
Mahkamah diberitahu bahawa Siti bertugas sebagai pelayan separuh masa di sebuah hotel di Johor Bahru.
BAGAIMANA PESALAH MENJADI "DOKTOR GIGI" AMATUR
Pada 2020, Siti sering menemui seorang doktor gigi di Johor kerana dia memakai pendakap gigi.
Apabila Malaysia mengenakan sekatan sempadan untuk menyekat penularan COVID-19, Siti tidak dapat menghadiri temu janji di klinik gigi.
Dia kemudian belajar cara melakukan prosedur itu melalui video di YouTube untuk memperbaiki pendakap giginya sendiri.
Kemudian, Siti mengiklankan khidmat pergigian seperti pemasangan veneer, memutihkan gigi, memperbetulkan pendakap gigi, dan menyediakan retainer gigi di akaun Carousellnya.
Dia menawarkan pelbagai khidmat tersebut dengan harga antara S$650 hingga S$750.
Siti akan berkomunikasi dengan para pelanggannya di Carousell atau WhatsApp, dan memaklumkan mereka tentang lokasi hotel beberapa hari sebelum menjalankan prosedur.
Dia mengenalkan dirinya sebagai seorang doktor gigi dari Malaysia.
Secara keseluruhan, Siti menjalankan 20 khidmat pemasangan veneer, penyelenggaraan pendakap gigi buat kira-kira 1 pelanggan, dan melakukan khidmat kosmetik pendakap gigi buat seorang pelanggan.
Sepanjang melakukan perbuatan tersebut, Siti tidak berdaftar sebagai seorang doktor gigi di bawah Akta Pendaftaran Pergigian Singapura, dan dia tidak mempunyai sijil sah untuk menjalankan kegiatannya.
MANGSA
Pada awal Januari 2022. seorang wanita Filipina menemui iklan Siti di Carousell dan menghubunginya untuk memasang veneer gigi.
Wanita tersebut bersetuju untuk membayar S$700 bagi khidmat tersebut dan diarahkan untuk ke hotel Conrad Centennial pada 30 Januari 2022.
Pada keesokan hari, wanita itu tidak dapat menggunakan flos gigi, kerana tiada ruang di antara giginya selepas veneer dipasang.
Mangsa menghubungi Siti, yang mendakwa dia sedang menjalani kuarantin kerana dijangkiti COVID-19 dan "tidak dapat melakukan apa-apa" terhadap isu tersebut.
Pelanggan itu kemudian menghantar emel kepada MOH mengenai insiden tersebut.

Sumber : CNA/AE/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.