Doktor gigi digantung khidmat 6 bulan selepas mencabul kehormatan wanita
Seorang doktor gigi yang dipenjarakan kerana mencabuli kehormatan seorang wanita digantung khidmatnya selama enam bulan, menurut Majlis Pergigian Singapura (SDC) dalam satu kenyataan media yang dikeluarkan pada Isnin (29 Okt).
(Gambar: Philippe Huguen/AFP)
SINGAPURA: Seorang doktor gigi yang dipenjarakan kerana mencabuli kehormatan seorang wanita digantung khidmatnya selama enam bulan, menurut Majlis Pergigian Singapura (SDC) dalam satu kenyataan media yang dikeluarkan pada Isnin (29 Okt).
Pada Julai 2016, Hoo Swee Tiang dijatuhi hukuman penjara selama enam minggu atas kesalahan mencabul kehormatan dengan menyentuh paha seorang wanita.
Hoo menjalani hukuman penjara dari 11 Mei tahun lalu selepas mahkamah menolak rayuan terhadap tududan itu dan hukuman penjara tersebut, menurut SDC.
Sebuah Jawatakuasa Siasatan Disiplin kemudian ditubuhkan oleh SDC terhadap Hoo pada 8 Mei tahun ini, apabila SDC mendakwa bahawa sabitan jenayah Hoo menandakan satu "kelemahan perwatakan".
Menurut Akta Pendaftaran Pergigian, ini bermakna Hoo tidak layak menjadi seorang doktor gigi.
Hoo mempertikaikan dakwaan itu namun SDC tidak bersetuju, menurut kenyataan media tersebut.
Pada 3 Oktober, SDC mengarahkan agar Hoo digantung khidmatnya selama enam bulan.
Hoo juga perlu membayar kos dan perbelanjaan bagi perbicaraan siasatan itu.
Di akhir tempoh penggantungan, Hoo akan dibenarkan untuk mendaftarkan dirinya dalam majlis berkenaan namun dia akan dipantau oleh dua penyelia selama dua tahun.
Penyelia utama perlu mengemukakan laporan kepada SDC setiap enam bulan di bawah peraturan-peraturan pendaftaran bersyarat majlis tersebut.
Hoo boleh memohon untuk pendaftaran sepenuhnya selepas menjalani pendaftaran bersyarat selama dua tahun, jika diluluskan oleh SDC.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.