Doktor gesa ambil vaksin cegah pneumonia
Anggaran Waktu Membaca:
Gambar: iStock
SINGAPURA: Cik Alina Boey sedang menjalani harinya seperti biasa apabila beliau tiba-tiba menyedari berat badannya sudah turun dengan ketara, tanpa sebarang perubahan kepada gaya hidup beliau.
Beliau kehilangan hampir tujuh kilogram dan ini membuatkan beliau bimbang. Beliau juga segera menjalani pemeriksaan penuh kesihatan dan meskipun keputusan darah beliau baik, imbasan lanjut menunjukkan paru-paru sebelah kanan mengalami keradangan.
Beliau terpaksa berulang alik ke hospital dan menjalani beberapa ujian sebelum didiagnos menghidap pneumonia atau radang paru-paru - iaitu keradangan paru-paru yang seringkali disusuli oleh jangkitan bakteria atau jangkitan pernafasan. Namun, itu hanyalah permulaan kepada isu-isu berkaitan perubatan yang dibeliau perlu hadapi.
Cik Boey mengalami pelbagai masalah kulit seperti gatal-gatal, manakala masalah ekzema beliau memburuk.
Doktor berkata ini mungkin berkaitan dengan isu-isu imun yang dicetuskan oleh maslaah radang paru-paru, Cik Boey memberitahu Mediacorp.
Sedang beliau terus bertarung dengan isu-isu kesihatan, lawatan berjumpa doktor "memenatkan", kata Cik Boey lagi.
"Dari segi mutu kehidupan, ia tidak mudah, terutama sekali dari segi mental."
KESAN PNEUMONIA
Walaupun keadaan Cik Boey tidak sehingga mengancam nyawa, bagi orang-orang lain seperti beliau yang tidak mendapatkan vaksin pneumonia, isu-isu lebih teruk boleh timbul.
Ini termasuk serangan jantung bagi mereka yang ada masalah jantung sedia ada.
"Kadangkala pesakit tidak tahu mereka ada masalah jantung sedia seperti pembuluh darah tersumbat," kata Dr William Kristanto, seorang pakar kardiologi di The Cardiac Centre di Hospital Farrer Park.
"Apa yang berlaku adalah apabila mereka dimasukkan ke hospital disebabkan pneumonia, pneumonia itu mencetuskan pelbagai respons keradangan yang kemudian menyebabkan keadaan jantung tersumbat, sekali gus menyebabkan serangan jantung."
Dr Kristanto berkata kebanyakan pesakit yang dimasukkan ke hospital disebabkan pneumonia adalah mereka yang terjejas sistem imun atau berusia 65 tahun dan ke atas.
Dr Julio Ramirez, ketua saintis kajian di Institut Penyakit Berjangkit Norton berkata kajian pusatnya dalam beberapa tahun kebelakangan ini menunjukkan bahawa walaupun "sejumlah besar" pesakit yang dimasukkan ke hospital disebabkan pneumonia dibenarkan pulang ke rumah, kesihatan mereka mungkin tidak sebaik sebelumnya.
"Mereka tidak kembali kepada tahap kesihatan sebelum itu atau terdapat masalah perubatan lain yang timbul selepas pneumonia," kata Dr Ramirez dari Norton Healthcare di Louisville, Kentucky.
"Inilah sebabnya buat masa ini, cara terbaik untuk menganggap pneumonia adalah ia bukan setakat masalah paru-paru. Ia masalah sistemik yang menjejas paru-paru dan menjejas jantung, hati dan buah pinggang."
Beliau menambah pneumonia mungkin bukan sekadar penyakit akut tiga minggu, tetapi boleh menjejas individu bertahun-tahun lamanya.
Bagi warga tua, dijangkiti pneumonia boleh bermakna jamngka hayat yang berkurangan.
PERLU VAKSINASI
Meskipun mereka paling memerlukannya, kumpulan paling mudah terjejas seperti warga senja yang tidak memahami perlunya vaksinasi bagi pneumonia, kata Dr Kristanto.
Beliau menambah sebahagian pesakit warga senja juga cenderung keliru antara suntikan pneumonia dengan suntikan bagi selesema. Mereka berasa suntikan pneumonia hanya diperlukan semasa musim selesema atau apabila perlu ke luar negara.
Sempena Minggu Imunisasi Sedunia minggu lalu, beliau menggesa doktor keluarga supaya memperbetul salah tanggapan sedemikian agar para pesakit lebih memahami dan akan mendapatkan vaksin.
Dr Ramirez juga menggesa orang ramai agar mendapatkan vaksin bagi mencegah pneumonia.
Beberapa virus dan bakteria boleh menyebabkan pneumonia, tegas para doktor.
Menurut HealthHub, punca yang biasa termasuk selesema biasa, influenza, COVID-19 dan penyakit pneumococcal.
"Dijangkiti pneumonia sekali tidak menjamin daya imun terhadap semua virus atau bakteria di luar sana. Jadi tentu sekali anda masih memerlukan perlindungan penuh dengan pelbagai vaksin pneumonia dan influenza yang ada," kata Dr Kristianto.

Sumber : CNA/NK/im
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.