Doktor digesa lakukan pemeriksaan kesihatan mental atas wanita hamil, ibu baru melahirkan
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Para doktor digesa melakukan pemeriksaan kesihatan mental secara kerap ke atas golongan wanita hamil serta ibu yang baru melahirkan.
Ia sebahagian daripada 10 garis panduan baru bagi meningkatkan kesejahteraan mereka dan membendung kes kemurungan di kalangan golongan tersebut.
Perangkaan sebelum COVID melanda menunjukkan, masalah kemurungan menjejas lebih 12 peratus wanita hamil, serta hampir 8 peratus ibu yang baru bersalin.
Para pakar perubatan mengatakan pandemik memburukkan lagi keadaan.
Hospital Wanita dan Kanak-kanak KK (KKH) menyaksikan lonjakan sekitar 50 peratus dalam kes-kes pesakit yang mengalami kemurungan selepas bersalin, berbanding sebelum pandemik.
Ia juga menekankan peri pentingnya untuk menangani isu peningkatan kes gangguan mental, terutama menerusi campur tangan lebih awal.
Lantaran itu, kini terdapat sepuluh garis panduan merangkumi keseluruhan pengalaman daripada sebelum kehamilan sehingga tempoh setahun selepas kelahiran anak.
Ia termasuk panduan mengenai apa yang boleh dijangka dengan naluri keibuan serta penyesuaian yang perlu kepada gaya hidup.
Selain itu, ia juga merangkumi cara untuk mengesan kes-kes keresahan dan kemurungan serta apakah jagaan, rawatan dan sokongan yang diperlukan.
Satu tinjauan KKH ke atas 600 wanita mendapati, meskipun hampir kesemua mereka sedar betapa lumrahnya keadaan itu, hanya sekitar 60 peratus yang tahu tentang tanda-tanda awalnya.
Malah, lebih 60 peratus tidak menerima nasihat tentang kesihatan mental daripada doktor mereka.
Perkara tersebut menjadi genting kerana kajian menunjukkan risiko yang jelas terhadap kanak-kanak apabila ibu mengalami kemurungan atau keresahan.
Ia meningkatkan pendedahan anak itu kepada gangguan emosi atau keresahan di kemudian hari dan juga mempunyai kesan terhadap pembelajaran dan tingkah laku anak-anak.
Contohnya dalam perkembangan bahasa, perkembangan kognitif dan fungsi eksekutif.
Selain para pakar, garis panduan tersebut juga akan dikongsi dengan doktor-doktor keluarga, para jururawat dan pekerja sosial.

Sumber : CNA/AI/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.