Doktor digantung 1 tahun, salah diagnosis akibatkan pesakit remaja terpaksa buang satu buah zakar
Anggaran Waktu Membaca:

Gambar fail: AFP/Joe Raedle
SINGAPURA: Seorang doktor veteran digantung selama setahun oleh Majlis Perubatan Singapura (SMC) kerana salah laku profesional, selepas salah diagnosis seorang pesakit remaja pada 2019 mengakibatkannya terpaksa membuang buah zakarnya.
Dr Yeo Khee Hong, yang sudah menjadi pengamal perubatan berdaftar selama kira-kira 42 tahun, pada mulanya mendiagnosis remaja itu mengalami kolik perut dan kemudian bengkak dan keradangan pada buah zakarnya, lalu memberinya ubat berkaitan perut dan antibiotik.
Bagaimanapun, keadaan remaja itu bertambah teruk walaupun berulang kali berjumpa Dr Yeo, sehingga dia terpaksa menjalani pembedahan untuk membuang buah zakarnya. Keadaan sebenar yang dialaminya ialah 'testicular torsion' - keadaan di mana saluran spermatik yang menyediakan aliran darah ke buah zakar menjadi berpintal dan terputus bekalan darah.
Seandainya remaja itu dirujukkan untuk rawatan segera tepat pada masanya, dia mempunyai 90.4 peratus hingga 97.2 peratus peluang untuk menyelamatkan buah zakarnya, menurut keputusan kes itu, yang dikeluarkan pada Isnin (27 Mei).
RENTETAN KES
Dr Yeo mengaku bersalah atas satu pertuduhan salah laku profesional kerana gagal memberikan penjagaan yang cekap dan sewajarnya dan atau menjalankan penjagaan sewajarnya dalam pengurusan pesakitnya.
Pertuduhan kedua kerana gagal memberikan maklumat yang mencukupi kepada pesakit telah diambil kira dalam menjatuhkan hukuman.
Remaja itu berusia 15 atau16 tahun ketika dia pertama kali berjumpa Dr Yeo di kliniknya pada 22 Mac 2019.
Dia memberitahu Dr Yeo bahawa dia merasakan sakit di perut kirinya yang bermula dari buah zakar kirinya.
Dia juga lebih kerap membuang air besar, dengan najis berair.
Dr Yeo memeriksa remaja itu dan mendapati perutnya lembut dan tidak mendapati keadaan yang tidak normal pada buah zakar kirinya.
Dr Yeo mendiagnosis remaja itu sebagai mengalami kolik perut dan memberinya ubat berkaitan perut.
Lima hari kemudian, remaja itu sekali lagi berjumpa Dr Yeo dan berkata dia mengalami bengkak dan sakit pada buah zakar kirinya yang terasa lebih teruk apabila dia duduk atau berjalan.
Dr Yeo memeriksa remaja itu, dan mendapati buah zakar kirinya membesar dan lembut.
Dia mendiagnosisnya sebagai menghidap orchitis dan epididymitis - bengkak dan keradangan - pada buah zakar kiri. Dia memberi antibiotik kepada remaja itu dan mengarahkan ujian kiraan darah penuh dan ujian air kencing untuk mengesahkan diagnosisnya.
Bagaimanapun, Dr Yeo tidak mempertimbangkan kemungkinan remaja itu mengalami keadaan 'testicular torsion' sekali-sekala.
Dia menganggap remaja itu lebih kemungkinan diserang orchitis dan epididymitis.
Dr Yeo juga tidak merujuknya kepada pakar atau ke bahagian kemalangan & kecemasan hospital.
Pada keesokan hari, Dr Yeo memberitahu ibu remaja itu tentang keputusan ujian darah dan berkata jangkitan bakteria kemungkinan penyebab bengkak tersebut. Dia meminta remaja itu meneruskan preskripsi antibiotiknya.
Keadaan remaja itu tidak bertambah baik. Bapanya menelefon Dr Yeo pada 1 Apr 2019 dan memaklumkan anaknya mengalami rasa sakit yang teruk.
Dr Yeo berkata keadaan remaja itu serius dan memintanya dibawa ke bahagian kemalangan & kecemasan dengan segera.
Remaja itu pergi ke hospital di mana imbasan ultrasound pada skrotumnya mendedahkan keadaan 'testicular torsion' pada buah zakar kirinya.
Dia dimasukkan ke wad pembedahan dan menjalani pembedahan untuk membuang buah zakar kirinya.
Dr Yeo, yang diwakili oleh Encik Christopher Chong dan Cik Sharon Liu dari Dentons Rodyk & Davidson, berkata beliau "sangat sedih" dengan nasib pesakit itu.
Dia akur bahawa dia sepatutnya dihukum kerana tidak merujuk remaja itu ke bahagian kemalangan & kecemasan pada 27 Mac 2019.
Bagaimanapun, tambahnya rujukan segera tidak akan menjamin buah zakar itu dapat diselamatkan.
Peguam SMC berhujah bahawa Dr Yeo telah bertindak cuai dan rawatannya terhadap pesakit bukanlah pilihan pengurusan yang sesuai.
Selain digantung 12 bulan, Dr Yeo juga dicela dan perlu memberi satu akuan janji bertulis kepada SMC bahawa dia tidak akan terlibat dalam tingkah laku itu lagi atau yang serupa.
Dia juga perlu membayar kos serta perbelanjaan berhubung prosiding termasuk kos yang ditanggung oleh peguam SMC.

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.