Skip to main content

Singapura

Doktor didakwa tipu S$62,000 dalam tuntutan palsu CHAS

Seorang doktor 50 tahun didakwa pada Khamis (2 Sep) kerana menipu dan memalsukan akaun yang berkaitan dengan tuntutan Skim Bantuan Kesihatan Masyarakat(CHAS).

Anggaran Waktu Membaca:
Doktor didakwa tipu S$62,000 dalam tuntutan palsu CHAS

Dr Wong Choo Wai yang memiliki Bedok Day & Night Clinic Bedok dan Jurong Day & Night Clinic (Gambar fail: TODAY/Raj Nadarajan)

Diterbitkan : 02 Sep 2021 03:41PM Dikemas Kini : 02 Sep 2021 03:44PM

SINGAPURA: Seorang doktor 50 tahun didakwa pada Khamis (2 Sep) kerana menipu dan memalsukan akaun yang berkaitan dengan tuntutan Skim Bantuan Kesihatan Masyarakat(CHAS).

Kesalahan itu dikatakan berlaku antara 2015 dan 2016, dengan tuntutan melibatkan 215 pesakit dan berjumlah melebihi S$62,000, menurut polis dalam satu kenyataan media.

Wong Choo Wai, yang memiliki Bedok Day & Night Clinic Bedok dan Jurong Day & Night Clinic, dituduh menipu poliklinik untuk mengagihkan subsidi CHAS dengan menyerahkan tuntutan palsu bagi prosedur perubatan yang tidak dilakukan.

Dia juga didakwa membuat jumlah tuntutan lebih tinggi daripada nilai sebenar bagi prosedur yang dilakukannya, kata polis.

Wong, yang mengendalikan kedua-dua klinik itu, juga didakwa memalsukan nota kes perubatan pesakit untuk menyokong tuntutan-tuntutan palsu itu.

Jika disabitkan kesalahan menipu, dia boleh dipenjara sehingga 10 tahun dan didenda.

Atas kesalahan memalsukan akaun, pesalah boleh dipenjara tidak melebihi 10 tahun dan/atau didenda.

Sumber : CNA/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita