Doktor didakwa sebabkan kematian wanita kerana cuai semasa prosedur botox
Anggaran Waktu Membaca:

(Gambar fail: TODAY)
SINGAPURA: Seorang doktor didakwa pada Selasa (11 Okt) berhubung satu kes pada 2019 di mana seorang wanita mati selepas menjalani rawatan botox di sebuah klinik.
Dr Chan Bingyi, seorang warga Singapura 34 tahun, dikenakan satu tuduhan menyebabkan kematian Cik Lau Li Ting
kerana bertindak cuai namun tanpa niat membunuh.
Berdasarkan maklumat di pangkalan data Kementerian Kesihatan, Dr Chan masih didaftar sebagai pengamal perubatan.
Dia dituduh menyuntik asid thylenediaminetetraacetic, atau EDTA, kepada Cik Lau pada 8 Mac 2019, di Revival Medical & Aesthetics Centre, di 90 Bras Basah Road.
EDTA ialah bahan biasa dalam produk penjagaan kulit dan kosmetik, dan bertindak sebagai agen yang menyekat aktiviti kimia.
Dr Chan didakwa menyuntik asid tersebut pada kadar kepekatan terlalu tinggi dan terlalu cepat, walaupun ia tidak perlu digunakan pada Cik Lau.
Menurut kertas pertuduhan, tindakan cuai oleh Dr Chan itu menyebabkan Cik Lau, yang ketika itu berusia 31 tahun untuk mengalami keracunan EDTA dan akhirnya menyebabkan serangan jantung dan kematian wanita tersebut.
Cik Lau dibawa ke hospital selepas rawatannya dan harus bergantung kepada mesin sokongan hayat selama beberapa hari sebelum meninggal dunia pada 13 Mac.
Jika disabit kesalahan menyebabkan kematian Cik Lau kerana bertindak cuai tanpa niat, Dr Chan boleh dihukum penjara sehingga dua tahun, didenda, atau kedua-duanya sekali.
Dr Chan ditawar ikat jamin S$5,000 dan akan kembali ke mahkamah bulan depan. Dakwaan tambahan juga dijangkakan.

Sumber : CNA/AE/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.