Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Doktor dibebaskan dari tuduhan rogol digugur dari daftar perubatan; beri ubat berlebihan, tidak simpan rekod pesakit dengan betul

Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Seorang doktor yang didapati tidak bersalah atas tuduhan merogol dan serangan seksual dalam satu perbicaraan berprofil tinggi diarah digugurkan dari daftar perubatan pada Isnin (27 Feb).

Dia didapati memberi preskripsi ubat berlebihan dan gagal menyimpan rekod pesakit dengan betul.

Wee Teong Boo, 71 tahun, mengaku bersalah di tribunal disiplin atas 10 tuduhan kerana memberi preskripsi secara berlebihan melibatkan ubat batuk dan benzodiazepines, sejenis ubat tekanan digunakan untuk merawat keadaan seperti keresahan dan insomnia.

Dia juga mengaku bersalah terhadap 10 dakwaan tidak menyimpan rekod pesakit dengan betul.

Kes tersebut berpunca daripada aduan yang diterima Majlis Perubatan Singapura (SMC) dari Kementerian Kesihatan (MOH) pada 2016.

Aduan itu berhubung amalannya memberi preskripsi benzodiazepines dan campuran ubat batuk mengandungi kodin.

Wee digantung selama 20 bulan, namun SMC kemudian merayu bagi tempoh itu ditambah kepada 30 hingga 36 bulan.

"Dengan rasa amat kesal, SMC perlu menyatakan bahawa ini adalah kes salah laku paling teruk oleh seorang profesional perubatan setakat ini melibatkan preskripsi ubat kodin mengandungi ubat batuk yang mengandungi codeine secara berlebihan dan/atau benzodiazepines,selain tidak menyimpan rekod yang cukup," kata Encik Edmund Kronenburg dari syrikat guaman Braddel Brothers, peguam bagi pihak SMC.
Sumber : CNA/AE/ny
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan