Skip to main content

Singapura

Doktor dan rakan sabit kesalahan ambil dadah di vila Sentosa

Anggaran Waktu Membaca:
Doktor dan rakan sabit kesalahan ambil dadah di vila Sentosa

Dr Rayson Lee Rui Sheng (kiri) dan Tan Li Ming (kanan) tiba di Mahkamah Negara pada 15 Julai 2025. (Gambar: CNA/Ili Nadhirah Mansor)

Diterbitkan : 30 Jun 2026 08:50PM
  • Dr Rayson Lee Rui Sheng dan Tan Li Ming disabitkan kesalahan mengambil MDMA selepas ditangkap dalam serbuan di vila Sentosa pada Ogos 2023.
  • Kedua-duanya mendakwa minuman mereka dibubuh bahan toksik, namun mahkamah menolak pembelaan kerana kenyataan dan tingkah laku mereka tidak konsisten.
  • Ujian air kencing dan rambut menunjukkan kehadiran MDMA dan ketamin, sementara isu cawan plastik perak tidak membantu pembelaan mereka.
  • Pendakwa memohon hukuman penjara 12 hingga 15 bulan, dengan mitigasi dan hukuman ditangguhkan ke Ogos, dan mereka berdepan hukuman penjara hingga 10 tahun serta denda sehingga S$20,000.
Dijana oleh AI
SINGAPURA: Seorang doktor dan rakannya, yang ditangkap semasa serbuan di sebuah vila di Sentosa pada Ogos 2023, sabit kesalahan pada Selasa (30 Jun) kerana mengambil dadah.

Dr Rayson Lee Rui Sheng, 36, dan Tan Li Ming, 29 tahun, mencabar tuduhan masing-masing mengambil MDMA, juga dikenali sebagai ekstasi, dengan mendakwa bahawa minuman mereka sudah dibubuh dengan bahan toksik.

Hakim Daerah A Sangeetha menolak pembelaan mereka terhadap pengambilan bahan asing, dengan merujuk kepada sifat tidak konsisten dalam kenyataan dan perbicaraan mereka, serta tingkah laku mereka, yang termasuk mengambil lebih banyak minuman walaupun mengesyaki minuman mereka sudah dibubuh dengan bahan asing.

Sampel air kencing dan rambut yang diambil daripada kedua-dua lelaki itu didapati positif MDMA dan ketamin.

Peguam bela juga berhujah tentang kegagalan Biro Narkotik Pusat (CNB) untuk merampas mana-mana cawan plastik perak, yang diberikan kepada mereka, dari vila itu.

Hakim berkata ia tidak membantu pihak pembela, kerana walaupun cawan itu dirampas dan diuji positif MDMA, ia hanya akan membuktikan bahawa minuman itu mengandungi dadah dan bukannya semua minuman di pesta itu diminum daripada cawan tersebut.

Pihak pendakwa memohon hukuman penjara antara 12 dan 15 bulan untuk kedua-dua lelaki itu.

Pihak pembela memerlukan masa untuk menyediakan hujah mereka, dan mitigasi serta hukuman ditangguhkan ke Ogos.

Atas sebab mengambil MDMA, lelaki-lelaki itu berdepan hukuman penjara antara satu tahun dengan 10 tahun, serta denda sehingga S$20,000.
Sumber : BERITA Mediacorp/AY/ay
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita