Doktor berkait kumpulan Healing the Divide berdepan 7 tuduhan baru
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Seorang doktor yang dikaitkan dengan kumpulan Healing the Divide yang dikenali dengan pendirian terhadap vaksinasi COVID-19, berdepan dengan tuduhan tambahan pada Jumaat (20 Jan). Dia dikenakan tuduhan tambahan kerana memberikan pernyataan palsu seolah-olah individu sudah divaksin meskipun belum lagi berbuat demikian
Jipson Quah dikenakan tujuh tuduhan baru dan kini berdepan dengan 17 tuduhan secara keseluruhan. Tuduhan-tuduhan tersebut semuanya berkaitan dengan penipuan membuat pernyataan palsu.
Quah, seorang pengamal perubatan, digantung Majlis Perubatan Singapura (SMC) dalam satu keputusan yang dimuktamadkan pada 23 Mac tahun lalu.
Beberapa tuduhan lain menyatakan bahawa Quah bersubahat dengan Iris Koh, pengasas Healing the Divide serta individu lain untuk membuat pernyataan palsu kepada Kementerian Kesihatan (MOH) bahawa individu-individu tersebut sudah diberi vaksin Sinopharm meskipun ia tidak benar.
Tindakan tersebut didakwa dilakukan untuk membenarkan tujuh orang mendapat sijil vaksinasi. Tindakan tersebut dikatakan berlaku antara Oktober dengan Disember 2021.
Quah akan kembali ke mahkamah bagi sidang praperbicaraan (PTC) pada Februari nanti.
Sepuluh tuduhan Quah sebelum ini termasuk dakwaan bahawa dia bersubahat untuk memperdayakan MOH dengan mendakwa bahawa 10 orang sudah diberi vaksin Sinopharm meskipun mereka tidak menerima vaksin tersebut. Beberapa tuduhan tersebut menamakan penolongnya Thomas Chua dan Koh sebagai rakan subahat.
Jika sabit kesalahan membuat perwakillan palsu, seseorang individu itu boleh dipenjara sehingga 20 tahun, atau didenda, atau kedua-duanya sekali.

Sumber : CNA/SS/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.