Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

'Doctor Strange' buat penampilan di Pesta Warisan S'pura

Siapa yang menyangka Doctor Strange akan membuat penampilan di Taman Warisan Melayu (MHC) hari ini (14 Apr)!

Anggaran Waktu Membaca:
'Doctor Strange' buat penampilan di Pesta Warisan S'pura

Benedict Cumberbatch bergambar dengan Encik Jamal di Pesta Warisan Singapura. (Gambar: Malay Heritage Centre/Facebook)

Diterbitkan : 14 Apr 2018 03:53PM Dikemas Kini : 15 Apr 2018 01:03AM

SINGAPURA: Siapa yang menyangka Doctor Strange akan membuat penampilan di Taman Warisan Melayu (MHC) hari ini (14 Apr)!

Benedict Cumberbatch yang melakonkan watak Doctor Stange dalam Marvel Cinematic Universe, berkunjung ke Pasar Ugi, sebuah pasar yang dianjurkan bagi meraikan budaya Bugis sebagai sebahagian daripada Pesta Warisan Singapura.

Dengan kemeja-T berwarna kelabu, pelakon Britain yang berusia 41 tahun itu sempat mengambil 'selfie' dengan pengurus program MHC, Encik Jamal Mohamad.

'Selfie' yang kemudian dimuat naik ke laman Facebook MHC itu disertakan dengan kapsyen yang berbunyi: "Lihat siapa yang berkunjung ke #UgiFest!"

Encik Cumberbatch kini berada di Singapura untuk mempromosikan acara permaidani merah bagi filem Marvel Avengers: Infinity War di Marina Bay Sands yang bakal berlangsung 16 April ini.

Beliau akan ditemani oleh Robert Downey Jr yang memegang watak Tony Stark/Iron Man, Karen Gillan yang melakonkan watak Nebula dalam siri Guardians of the Galaxy dan juga pengarah bersama Infinity War, Joe Russo.

Acara tersebut bermula pada 7.30 malam tetapi para peminat boleh mula beratur dari 7.00 pagi di Dewan B, Ekspo dan Pusat Konvensyen Sands. 

Sumber : CNA/SM/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan