Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

DJ Ria 897 sahut cabaran tarian 'bungee' demi President's Star Charity

Acara amal President's Star Charity (PSC) kembali meriah tahun ini dengan pelbagai persembahan oleh artis-artis tempatan dan luar negara serta cabaran selebriti boleh dijangkakan.

Anggaran Waktu Membaca:

SINGAPURA: Acara amal President's Star Charity (PSC) kembali meriah tahun ini dengan pelbagai persembahan oleh artis-artis tempatan dan luar negara serta cabaran selebriti boleh dijangkakan.

Antara yang menyahut cabaran tersebut ialah deejay Ria 897 Azura Goh dan Fadli Kamsani bagi membantu usaha mengumpul dana.



Menerusi persembahan tarian 'bungee' bertajuk 'Wings of Love and Hope', mereka akan menyertai barisan artis Mediacorp untuk menarik sumbangan orang ramai di samping menyuntik semangat untuk 82 badan bantuan PSC, tahun ini.

"'Stunt' itu memang sesuatu yang saya harus atasi dari segi ketakutan sebab memang saya gayat orangnya. Bila nampak di bawah itu macam okey tapi bila kita sudah lakukan aksinya semua kita loncat sana sini, tiba-tiba 'eh tingginya'," kata Fadli.



Bagi Azura pula, beliau menyifatkan aksi tersebut sebagai sesuatu yang mencabar bagi dirinya.

"Antara perkara yang tak boleh saya lakukan adalah menari. Sukar sangat untuk saya. Saya dan juga Fadli sebenarnya telah pun menghadiri lebih banyak latihan secara solo untuk mempersiapkan diri," jelas Azura.

SERASI BERSAMA - DI RADIO; PENTAS PSC

Azura juga pernah terlibat dalam PSC tahun lalu di mana beliau diberi cabaran melukis menggunakan mulut dan pernah beraksi di PSC ketika beliau masih kecil dahulu.

Bagi Fadli pula yang mula dikenali selepas muncul tempat ketiga dalam pertandingan Anugerah Skrin 2016, beliau teruja untuk membuat kemunculan pertamanya dalam acara amal itu.

Mula berlatih sejak Ogos lalu, pengalaman tersebut cukup manis dan bermakna buat pasangan itu yang turut mengacarakan segmen Ria Kruz bersama setiap hari di radio, sejak enam bulan lalu.

"Saya rasa ada keserasian di sana dan dalam keadaan yang sukar seperti itu dalam latihan dan sebagainya, ia melegakan untuk kita tahu bahawa kita tahun saya ada teman yang saya boleh dipercayai," jelas Azura.



Fadli menambah: "Saya selalu yang ajar dia (Azura) macam mana nak joget. Saya akan katakan 'Ok Azura macam begini, Azura gerak macam begini' tapi tak pernah sekali saya katakan yang dia tak boleh."

Meskipun terpaksa bekerja lebih keras untuk acara itu, kededua deejay itu tidak mengeluh, bahkan lebih bersemangat untuk memberikan persembahan yang terbaik bagi usaha murni itu.

"Kita cuba untuk letakkan diri kita dalam mereka yang memerlukan. Mungkin kita hadapi cabaran, hanya dalam jangka masa tiga bulan sahaja tetapi untuk mereka yang memerlukan, mereka melalui cabaran mereka tersendiri mungkin untuk sepanjang hayat mereka.

"Apa yang kita lakukan ini diharap dapat bantu mereka, dapat buat anda semua untuk ringan-ringankan tangan dan juga rezeki anda bersama mereka yang memerlukan," jelas Fadli.



Azura menambah: "Apabila anda menonton PSC, anda dapat lihat kisah-kisah mereka yang akan menerima bantuan anda. Bukan sahaja itu, kita harap anda juga akan dapat lihat kerja yang telahpun kita masukkan ataupun lakukan selama tiga bulan ini untuk mempersiapkan diri. Jadi mungkin bila anda saksikan itu, anda juga akan terasa seperti ingin membantu."

AINA ABDUL, TAUFIK BATISAH ANTARA ARTIS UNDANGAN

Selain persembahan cabaran selebriti, PSC juga akan menampilkan persembahan nyanyian daripada artis-artis tempatan dan antarabangsa seperti Taufik Batisah, Rahimah Rahim dan Aina Abdul, yang membuat persembahan pertamanya di saluran TV Singapura.

Anda boleh menyaksikan PSC pada Ahad (30 Okt) bermula jam 7.30 malam di Saluran 5.

Sumber : BERITA Mediacorp/sy
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan