DJ radio Oli968 didakwa atas tuduhan berhubung secara seksual dengan budak bawah umur, mengintai
Anggaran Waktu Membaca:

DJ Oli968 Mediacorp Gunalan Morgan tiba di Mahkamah Negara pada 21 Mac 2025. (Gambar: CNA/Raydza Rahman)>
SINGAPURA: DJ radio Gunalan Morgan pada Jumaat (21 Mac) didakwa atas tuduhan merakam alat sulit dua wanita serta berhubung secara seksual dengan seorang kanak-kanak bawah umur 16 tahun.
Gunalan, 43 tahun, dikenakan tujuh tuduhan di Mahkamah Negara, dengan empat daripadanya ada kaitan dengan kesalahan seks.
Perintah mahkamah dikeluarkan ke atas identiti ketiga-tiga mangsa serta lokasi di mana kesalahan itu didakwa dilakukan.
Gunalan, seorang rakyat Singapura, juga penerbit-penyampai dengan stesen radio Tamil Oli968 Mediacorp.
Sebagai memberi respons, Mediacorp menyatakan Gunalan digantung kerja dengan serta-merta selepas syarikat itu mendapat tahu mengenai penangkapannya, dan notis pemberhentian kerja diberikan kepadanya.
Mediacorp bagaimanapun enggan mengulas lanjut mengenai perkara itu.
Gunalan, yang tidak diwakili peguam di mahkamah, tidak menyatakan hasrat untuk membuat rayuan.
Dia bagaimanapun memberitahu mahkamah bahawa beliau akan mengambil khidmat peguam.
Dia dikatakan berhubung secara seksual dengan seorang kanak-kanak bawah umur 16 tahun antara 25 Ogos 2024 dengan 31 Ogos 2024.
Dia juga dituduh sengaja memadam perbualan Instagram dengan mangsa berkenaan pada 16 September 2024, selepas dia diberitahu bahawa aduan polis sudah dibuat terhadap dirinya.
Ini membawa kepada tuduhan menghalang proses keadilan.
Dalam kes berasingan, Gunalan juga dikenakan tuduhan mengintai.
Semasa empat kejadian berbeza pada 28 Ogos tahun lalu, Gunalan dikatakan menggunakan telefon bimbitnya untuk merakam alat sulit, buah dada atau seluar dalam seorang wanita, tanpa izin wanita berkenaan.
Dia juga dipercayai menggunakan telefon bimbitnya untuk merakam seorang lagi wanita bagi memerhatikan alat sulit atau seluar dalamnya pada 8 Oktober 2024.
Gunalan akan dihadapkan semula ke mahkamah bagi sebutan seterusnya pada 21 April.
Seseorang yang didapati bersalah berhubung secara seksual dengan kanak-kanak bawah umur 16 tahun boleh dijatuhi hukuman penjara sehingga dua tahun, didenda, atau kedua-duanya sekali.
Atas kesalahan menghalang proses keadilan, seseorang itu boleh dihukum penjara sehingga tujuh tahun, didenda, atau kedua-duanya sekali.
Atas kesalahan mengintai, seseorang itu boleh dijatuhi hukuman penjara sehingga dua tahun, didenda atau disebat, atau mana-mana gabungan hukuman itu.

Sumber : CNA/IM/at
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.