Divisyen Perkhidmatan Awam umum pelantikan Setiausaha Tetap baru
Anggaran Waktu Membaca:
(Dari kiri) Encik Luke Goh, Encik Loh Khum Yean dan Encik Stanley Loh. (Gambar: Divisyen Perkhidmatan Awam)
SINGAPURA: Divisyen Perkhidmatan Awam (PSD) pada Jumaat (17 Feb) mengumumkan pelantikan setiausaha tetap baru dan perubahan kepada pelantikan setiausaha tetap di Kementerian Undang-Undang (MinLaw) dan Kementerian Ehwal Luar (MFA).
Pelantikan tersebut akan berkuat kuasa dari 3 April tahun ini.
Encik Luke Goh, yang menyandang jawatan sebagai Ketua Pegawai Eksekutif di Agensi Sekitaran Kebangsaan (NEA) sejak Februari 2021, akan dilantik sebagai Setiausaha Tetap (Undang-Undang) dan juga Setiausaha Tetap Kedua (Hal Ehwal Luar).
PSD menyatakan bahawa Encik Goh yang berusia 47 tahun itu, memulakan kerjayanya sebagai pegawai bank pusat dan pengawal selia di Penguasa Kewangan Singapura (MAS).
Encik Goh kemudian menerima pelbagai pelantikan di Kementerian Kesihatan (MOH), Divisyen Perkhidmatan Awam dan Kolej Perkhidmatan Awam sebelum pelantikannya sebagai Timbalan Setiausaha (Perdagangan) di Kementerian Perdagangan dan Perindustrian pada 2016.
PSD juga mengumumkan perubahan dalam pelantikan setiausaha tetap.
Encik Loh Khum Yean akan melepaskan jawatannya sebagai Setiausaha Tetap (Undang-Undang) dan terus menyandang jawatannya sebagai Setiausaha Tetap (Divisyen Perkhidmatan Awam).
Beliau memegang pelbagai pelantikan di Kementerian Perhubungan sebelum ini, Kementerian Perdagangan dan Perindustrian dan Divisyen Perkhidmatan Awam sebelum pelantikannya sebagai Timbalan Setiausaha di Kementerian Kewangan pada 2022.
Beliau yang berusia 58 tahun, dilantik sebagai Ketua Eksekutif SPRING Singapore sebelum ini dan kini Enterprise Singapore pada 2003 dan Timbalan Setiausaha di Kementerian Perdagangan dan Perindustrian pada 2008.
Beliau dilantik sebagai Setiausaha Tetap (Tenaga Manusia) pada 2009 dan Setiausaha Tetap (Perdagangan dan Perindustrian) pada 2016. Beliau sudah berkhidmat sebagai Setiausaha Tetap (Divisyen Perkhidmatan Awam) sejak April 2019 dan berkhidmat secara serentak sebagai Setiausaha Tetap (Undang-Undang) dari 2019 sehingga 2020. Beliau dilantik semula sebagai Setiausaha Tetap (Undang-Undang) pada 2022.
Sementara itu, PSD turut menyatakan bahawa Encik Stanley Loh juga akan melepaskan jawatannya sebagai Setiausaha Tetap (Pembangunan), Kementerian Ehwal Luar dan terus berkhidmat sebagai Setiausaha Tetap (Kemampanan dan Sekitaran) dan Setiausaha Tetap Kedua (Pejabat Perdana Menteri)(Tugas Khas).
Encik Loh yang berusia 51 tahun, memegang pelbagai pelantikan di Kementerian Ehwal Luar dan Kementerian Penerangan, Perhubungan dan Kesenian sebelum ini, sebelum dilantik sebagai Timbalan Setiausaha (Antarabangsa) di MFA antara 2011 dengan 2012. Beliau kemudian, bertugas sebagai Duta Singapura ke China pada 2012.
PSD menyatakan beliau dilantik sebagai Setiausaha Tetap Kedua (Ehwal Luar) dan juga sebagai Setiausaha Tetap Kedua (Pembangunan Sosial dan Keluarga) dan Setiausaha Tetap Kedua (Pejabat Perdana Menteri) (Tugas Khas) pada 2019.
Sejak tahun lalu, beliau sudah menjalankan tanggungjawab sebagai Setiausaha Tetap (Kemampanan dan Alam Sekitar) dan juga Setiausaha Tetap (Pembangunan), Kementerian Ehwal Luar dan Setiausaha Tetap Kedua (Pejabat Perdana Menteri) (Tugas Khas).

Sumber : CNA/SS/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.