Ditolak, dilontar kata-kata kesat; pelakon Halloween Horror Night di Sentosa minta pelawat lebih bertimbang rasa
Anggaran Waktu Membaca:

Gambar: Agensi Berita
SINGAPURA: Dengan Halloween yang menjelang tiba, ramai yang memilih untuk mencabar diri mereka dengan pengalaman bertemu hantu di Halloween Horror Night (HHN) di Universal Studios Singapore.
Dalam satu video TikTok yang dimuat naik pada 8 Oktober, seorang pelakon HHN Cik Terr, mengingatkan orang ramai agar menunjukkan belas ihsan kepada mereka yang bekerja di belakang tabir acara tersebut.
Beliau berkongsi pengalaman bekerja selama beberapa tahun sebagai pelakon di HHN, yang sering kali menjadi mangsa "tidak berperikemanusiaan" pengunjung yang mengganggunya.
Pelakon seperti Cik Terr berkata mereka sering kali diganggu pengunjung. Menurut video TikTok tersebut, Cik Terr berkata pengunjung sering lupa mereka hanyalah pelakon dan harus dilayan sedemikian.
"Setiap orang yang bekerja sebagai pelakon HHN pastinya pernah diganggu pengunjung," kata Cik Terr.
Ini termasuk mereka yang menolak, menjerit ke muka mereka atau mengatakan kata-kata kesat. Namun ada kalanya, ia lebih teruk dari itu.
Cik Terr berkongsi satu kejadian di mana sekumpulan lelaki menyentuh seorang pelakon wanita kerana menganggap beliau sebuah prop.
Apabila menyedari ia seorang pelakon, mereka terus menyentuhnya. Ketika itu, wanita tersebut juga tidak bergerak kerana ketakutan.
Berkongsi pengalaman peribadinya, Cik Terr berkata pada Sabtu (23 Okt) ketika beliau di stesen The Hunt for Pontianak, seorang budak perempuan berdiri hanya 5 sentimeter dari mukanya dan mula menjerit.
Cik Terr mengingatkan bahawa walaupun semua datang ke HHN untuk berseronok, penting bagi mereka untuk menitikberatkan perasaan orang yang bekerja di sana kerana mereka juga manusia yang mempunyai perasaan.

Sumber : Agensi berita/HY/fa
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.