Diskriminasi usia makin ketara di SG, atasi isu kaum dan jantina: Tinjauan IPS
Anggaran Waktu Membaca:
Orang ramai di CBD. (Gambar: CNA/Syamil Sapari)
- Satu tinjauan baharu mendapati bahawa lebih ramai orang di Singapura menganggap diskriminasi usia semakin meningkat berbanding diskriminasi terhadap kaum atau jantina.
- Para penulis kajian itu, Dr Mathew Mathews, Encik Melvin Tay dan Dr Teo Kay Key, berkata bahawa prasangka berasaskan umur menunjukkan "kemerosotan paling ketara".
- Tinjauan itu juga mendapati bahawa satu pertiga daripada responden merasakan bahawa akan lebih baik untuk Singapura jika semua orang menerima satu budaya kebangsaan yang dominan berbanding budaya kaum yang berbeza.
- Sebaliknya, teori kritikal kaum tertumpu kepada pengalaman kumpulan yang terpinggir dan mengkaji betapa meluasnya diskriminasi kaum, yang dilihat sebagai sesuatu yang semakin lazim dan terpateri dalam struktur sosial, menurut mereka.
SINGAPURA: Satu tinjauan baharu mendapati bahawa lebih ramai orang di Singapura menganggap diskriminasi usia semakin meningkat berbanding diskriminasi terhadap kaum atau jantina.
Sebilangan besar responden masih percaya bahawa tahap prasangka terhadap pelbagai ciri identiti tidak banyak berubah sejak lima tahun lalu, menurut tinjauan oleh Institut Pengajian Dasar (IPS).
IPS, sebuah badan pemikir di bawah Sekolah Dasar Awam Lee Kuan Yew di Universiti Nasional Singapura (NUS), menerbitkan dapatan mereka pada Jumaat (25 Jul) dalam laporan bertajuk Prasangka, Sikap dan Perspektif Kritikal tentang Perkauman di Singapura.
Buat kali pertama, tinjauan IPS juga meliputi sikap terhadap hak istimewa kaum Cina dan teori kritikal kaum, yang muncul dalam perbincangan awam antara kitaran tinjauan terdahulu.
Tinjauan itu mengumpul maklum balas daripada 4,000 rakyat dan penduduk tetap Singapura. Mereka mewakili para penduduk pemastautin negara ini dari segi umur, kaum dan jantina.
Para penulis kajian itu, Dr Mathew Mathews, Encik Melvin Tay dan Dr Teo Kay Key, berkata bahawa prasangka berasaskan umur menunjukkan "kemerosotan paling ketara".
Tinjauan itu mendapati bahawa 17.6 peratus orang berpendapat diskriminasi usia semakin lazim berbanding lima tahun yang lalu. Ini kurang daripada 21.3 peratus yang dicatatkan pada 2018.
Namun, angka ini lebih tinggi berbanding 11.2 peratus yang mengatakan diskriminasi perkauman semakin serius, dan 8.8 peratus yang merasakan diskriminasi jantina bertambah teruk.
DISKRIMINASI USIA DI TEMPAT KERJA
Mereka yang berusia 51 hingga 65 tahun mencatat peratusan tertinggi responden yang merasakan diskriminasi usia kini semakin buruk, pada kadar 21.1 peratus.
Ini disusuli kumpulan umur 36 hingga 50 tahun (17.5 peratus), 18 hingga 35 tahun (17.3 peratus) dan responden berusia lebih 65 tahun (14.3 peratus).
Penulis kajian tersebut berkata perangkaan ini berbeza daripada dapatan tinjauan pada tahun 2018 dengan pola lebih jelas dan konsisten, di mana golongan umur tertua juga paling cenderung untuk melihat lebih banyak diskriminasi berkaitan umur.
Mereka mengaitkan dapatan itu dengan diskriminasi di tempat kerja dan had kerjaya.
"Individu dalam kumpulan umur 51 hingga 65 tahun mungkin menghadapi cabaran di tempat kerja, seperti peluang terhad untuk naik pangkat, latihan dan jaminan pekerjaan," menurut para penyelidik.
"Mereka mungkin merasa diabaikan dari segi kemajuan kerjaya atau mengesyaki bahawa umur memainkan peranan dalam pengambilan pekerja, yang menguatkan lagi tanggapan adanya diskriminasi berkaitan usia."
Pada masa yang sama, langkah-langkah yang dilaksanakan sejak beberapa tahun kebelakangan ini yang ditujukan kepada golongan umur tertua melebihi 65 tahun mungkin membantu mengurangkan sentimen negatif berkaitan diskriminasi usia, kata mereka.
Jumlah mereka yang merasakan diskriminasi usia kekal sama meningkat kepada 54.6 peratus. Ini adalah 5.5 peratusan mata lebih tinggi berbanding tahun 2018.
Sehubungan itu, jumlah yang melihat diskriminasi usia menjadi kurang lazim merosot kepada 27.8 peratus, turun 1.8 peratusan mata berbanding tahun 2018.
SESETENGAH KUMPULAN LEBIH CENDERUNG MELIHAT PREJUDIS
Beralih kepada bentuk prejudis lain, penulis menekankan bahawa sikap berat sebelah berasaskan kewarganegaraan juga menjadi kebimbangan yang ketara, dengan 13.9 peratus yang melihat keadaan itu semakin buruk.
Selain umur, kaum, jantina dan kewarganegaraan, tinjauan itu juga meliputi aspek agama, bahasa dan seksualiti.
Tanggapan adanya sikap berat sebelah merentasi semua ciri identiti secara umumnya lebih stabil, dengan sebilangan besar mengatakan bahawa tahap prejudis kekal sama, menurut para penyelidik.
Namun, mereka menunjukkan bahawa "kestabilan menyembunyikan perbezaan" dalam kalangan kumpulan minoriti, mereka yang lebih muda dan golongan kurang mewah, yang lebih bimbang tentang prejudis.
Sebagai contoh, orang muda mungkin melihat peningkatan dalam diskriminasi berkaitan perkauman berbanding responden yang lebih tua.
"Generasi muda hari ini lebih terdidik mengenai isu-isu sosial, termasuk prejudis kaum, disebabkan pendedahan yang lebih besar kepada perbualan mengenainya di platform media sosial dan perbincangan awam mengenai perkara-perkara ini," menurut para penyelidik.
"Kesedaran ini boleh meningkatkan kepekaan mereka terhadap isu-isu prejudis, menyebabkan mereka menganggapnya lebih berleluasa."
SATU PERTIGA MENYOKONG SATU BUDAYA DOMINAN
Tinjauan itu juga mendapati bahawa satu pertiga daripada responden merasakan bahawa akan lebih baik untuk Singapura jika semua orang menerima satu budaya kebangsaan yang dominan berbanding budaya kaum yang berbeza.
Nisbah ini sama seperti dalam tinjauan 2018, dan lebih rendah daripada 55.4 peratus yang dicatatkan dalam tinjauan pada 2013.
Berbanding dengan responden Cina, responden Melayu dan India lebih cenderung untuk membantah bahawa budaya kebangsaan yang dominan adalah lebih baik.
Namun, pada tahap setuju dan tidak setuju, semua kumpulan kaum tidak menunjukkan perbezaan yang ketara.
HAK ISTIMEWA KAUM CINA DAN TEORI KRITIKAL KAUM
Hak istimewa Cina dan teori kritikal kaum menjadi perhatian di tengah-tengah komen xenofobik dan insiden berprofil tinggi melibatkan isu perkauman semasa pandemik COVID-19.
Penulis tinjauan tersebut mengatakan bahawa wacana kaum di Singapura dibentuk oleh "ideologi kepelbagaian kaum yang dipimpin negara, yang secara terbuka menggalak keharmonian dan kesaksamaan kaum".
Sebaliknya, teori kritikal kaum tertumpu kepada pengalaman kumpulan yang terpinggir dan mengkaji betapa meluasnya diskriminasi kaum, yang dilihat sebagai sesuatu yang semakin lazim dan terpateri dalam struktur sosial, menurut mereka.
Tinjauan itu meminta responden untuk setuju atau tidak setuju dengan tujuh ayat tentang teori kritikal kaum yang digunakan terhadap Singapura.
Sebahagian besar sebanyak 73 peratus merasa tidak selesa menggunakan "konsep dari luar negara" seperti teori kritikal kaum dan hak istimewa individu kulit putih untuk bercakap tentang isu perkauman di Singapura.
Sebilangan besar setuju dengan ayat bahawa kaum adalah ciptaan sosial dan bukan biologi (57.1 peratus) dan bahawa diskriminasi kaum adalah pengalaman biasa bagi kaum minoriti (56.2 peratus).
Kaum minoriti, responden yang lebih muda dan berpendidikan tinggi serta mereka yang tinggal di perumahan awam lebih cenderung untuk bersetuju bahawa perkauman adalah pengalaman biasa bagi kumpulan minoriti.
Walaupun 59.6 peratus bersetuju bahawa "lebih mudah menjadi orang Cina Singapura di Singapura", hanya 44.7 peratus bersetuju bahawa hak istimewa orang Cina wujud di negara ini.
Sikap terhadap keistimewaan itu berbeza mengikut kaum dan umur, dengan kaum minoriti dan responden yang lebih muda sekali lagi lebih cenderung untuk mengakui kewujudan keistimewaan tersebut.
Kurang daripada 46 peratus daripada semua responden bersetuju bahawa warga Cina Singapura hanya menggalakkan kesaksamaan kaum jika ia memenuhi kepentingan mereka, dan hanya 30.4 peratus bersetuju bahawa hanya kumpulan minoriti yang layak bercakap tentang isu-isu perkauman.
Walaupun rakyat muda di Singapura lebih peka tentang ketidakadilan dalam sistem masyarakat, mereka berkata "kita perlu berhati-hati" apabila ingin menggunakan istilah dan cara pemikiran dari luar negara secara bulat-bulat.
Para penyelidik juga berkata bahawa pengalaman diskriminasi masih wujud, dan masih terdapat jurang antara "idealisme kepelbagaian budaya dan realiti kehidupan seharian".
"Maka itu, penting untuk merangka dasar dan program yang secara berterusan mendidik masyarakat tentang sikap berat sebelah yang tersirat dan ketidakadilan dalam sistem masyarakat, tanpa menyalahkan mana-mana kumpulan, atau menggambarkan bahawa ada kumpulan yang memang bermasalah secara semula jadi," kata mereka.

Sumber : CNA/AT/at
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.