Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Diskriminasi tiada tempat dalam masyarakat S'pura, tegas Presiden Halimah; Tangs akan benarkan kakitangan, jurujual pakai hijab

Diskriminasi walaupun dalam apa jua bentuk sekalipun "tiada tempat sama sekali dalam masyarakat kita dan tentu sekali, bukan di tempat kerja", tegas Presiden Halimah Yacob dalam satu catatan Facebook pada Khamis (20 Ogos). 

Anggaran Waktu Membaca:
01:40 Min
Diskriminasi walaupun dalam apa jua bentuk sekalipun "tiada tempat sama sekali dalam masyarakat kita dan tentu sekali, bukan di tempat kerja", tegas Presiden Halimah Yacob dalam satu catatan Facebook pada Khamis (20 Ogos). 
Diterbitkan : 20 Aug 2020 01:57PM Dikemas Kini : 20 Aug 2020 08:43PM

SINGAPURA: Diskriminasi walaupun dalam apa jua bentuk sekalipun "tiada tempat sama sekali dalam masyarakat kita dan tentu sekali, bukan di tempat kerja", tegas Presiden Halimah Yacob dalam satu catatan Facebook pada Khamis (20 Ogos).

Ini sedang beliau mendedahkan bahawa gedung beli-belah Tangs menyatakan ia kini akan membenarkan pemakaian hijab atau tudung oleh para pekerja di premisnya.

Puan Halimah menyentuh tentang insiden tersebut yang dilaporkan oleh Mediacorp baru-baru ini di mana seorang jurujual di Tangs diminta menanggalkan tudungnya untuk bekerja di gedung beli-belah tersebut.

“Tangs sudahpun menyatakan ia akan menggugurkan sekatan seumpama itu dan membenarkan hijab dipakai di tempat kerja," tulis Presiden Halimah.

Sambil mengutuk segala bentuk diskriminasi "terhadap sesiapa saja", beliau menambah: "Orang ramai sepatutnya dinilai berdasarkan merit dan keupayaan mereka semata-mata dan juga kebolehan mereka untuk melaksanakan sesuatu pekerjaan dan bukannya perkara lain."

Diskriminasi di tempat kerja terutamanya sangat mengganggu kerana ia menghalang seseorang yang terjejas daripada memperolehi mata pencarian, tambah Puan Halimah.

Mentelah lagi, kata beliau, semasa pandemik COVID-19 sekarang di mana keprihatinan berhubung pekerjaan dan mata pencarian semakin menggenting. Lantaran itu, jelas Puan Halimah lanjut, insiden diskriminasi seperti itu boleh memburukkan lagi keresahan dan membuatkan orang ramai berasa terancam.

“Kepelbagaian adalah kekuatan kita dan masyarakat kita sudahpun mendakapinya. Saya berharap majikan juga akan mendakapi sepenuhnya kerencaman di tempat kerja dan memainkan peranan mereka untuk menegakkan nilai-nilai sebuah masyarakat yang adil dan terbuka," ujarnya.  

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan

Aa