Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Diskriminasi dibincang semasa sesi dialog kukuhkan undang-undang keadilan di tempat kerja

Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Salah faham tentang diskriminasi dan cara-cara mengelakkannya merupakan salah satu tema yang dibincangkan dalam satu sesi dialog bagi mengukuhkan undang-undang keadilan di tempat kerja.

Ia bertujuan melindungi mereka yang memberikan maklumat serta melaksanakan proses untuk menangani aduan di tempat kerja.

Sesi dialog pada Khamis (23 Mac) itu dihadiri para anggota gerakan buruh, para majikan dan karyawan Sumber Manusia (HR).

Ramai meluahkan keprihatinan tentang pelbagai isu dari menangani dakwaan remeh hinggalah mengendalikan pertikaian pra-pekerjaan.


"Satu bidang khususnya yang kami terima maklum balas adalah maksud diskriminasi dalam undang-undang. Kami ingin memberi jaminan usaha dan perbincangan sedang dijalankan dan apabila undang-undang digubal nanti, maksud diskriminasi akan menjadi jelas.

"Selain itu, kami berharap pekerja dan majikan akan terus mempertahankan prinsip utama keadilan dan pekerjaan berdasarkan merit," kata Menteri Negara Kanan Tenaga Manusia Zaqy Mohamad.
Sumber : CNA/RU/hy
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan