Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Diskaun sehingga S$3 setiap Jumaat di pusat penjaja bagi pengguna DBS PayLah! mulai 10 Feb

Jika anda membuat pembayaran di gerai penjaja menggunakan aplikasi mudah alih DBS PayLah!, tidak lama lagi anda akan dapat menikmati potongan harga sebanyak S$3 bagi setiap makanan yang dipesan pada setiap hari Jumaat.

Anggaran Waktu Membaca:
Diskaun sehingga S$3 setiap Jumaat di pusat penjaja bagi pengguna DBS PayLah! mulai 10 Feb

Pengguna kini boleh membayar makanan dengan mengimbas kod QR dari aplikasi DBS PayLah! Gambar: DBS

SINGAPURA: Jika anda membuat pembayaran di gerai penjaja menggunakan aplikasi mudah alih DBS PayLah!, tidak lama lagi anda akan dapat menikmati potongan harga sebanyak S$3 bagi setiap makanan yang dipesan pada setiap hari Jumaat.

Langkah oleh DBS itu - yang akan dilaksanakan mulai 10 Februari 2023 hingga 19 Januari 2024 - dibuat di tengah-tengah kenaikan harga makanan ekoran inflasi, menurut DBS dalam satu kenyataan media pada Rabu (1 Feb).

Subsidi itu ditawarkan kepada 100,000 pengguna pertama DBS PayLah! yang mengunjungi mana-mana daripada 11,600 gerai penjaja di merata Singapura yang menggunakan huraian pembayaran digital SGQR.

Gerai-gerai ini termasuk yang terletak di pusat penjaja, kedai kopi dan kantin di bangunan perindustrian JTC.

Menurut data oleh Jabatan Statistik, harga makanan naik buat kali ke-10 beruntun pada Disember lalu, dengan inflasi makanan di pusat penjaja mencecah paras tertinggi 8.1 peratus dalam tempoh 14 tahun, berbanding setahun lalu.

Inflasi teras pula kekal tidak berubah pada 5.1 peratus pada Disember lalu berbanding tempoh yang sama tahun sebelumnya.

Ketua negara DBS Singapore Shee Tse Koon berkata dengan menawarkan subsidi kepada lima juta hidangan yang dijual di pusat penjaja, bank itu turut menyokong sumber mata pencarian para penjaja "yang merupakan bahagian penting dalam kehidupan harian kita".

Encik Shee menambah: "Dengan inflasi yang berterusan dan kos sara hidup yang meningkat, kami faham keprihatinan dalam kalangan rakyat Singapura dan penduduk bahawa wang mereka tidak cukup untuk menampung sebanyak mungkin perbelanjaan mereka.

"Jadi kami ingin lakukan sedaya upaya untuk meringankan beban mereka yang mahu menguruskan perbelanjaan harian mereka dengan lebih baik."

Namun, beliau menarik perhatian bahawa ada sesetengah anggota masyarakat yang sama ada tidak tahu atau tidak yakin untuk membuat pembayaran secara digital di pusat-pusat penjaja.

Oleh itu, Encik Shee berkata DBS sedang bekerjasama dengan agensi-agensi pemerintah dan pertubuhan akar umbi untuk membantu individu sedemikian melalui bengkel.

Menteri di Pejabat Perdana Menteri dan Menteri Kedua Kewangan merangkap Pembangunan Negara Indranee Rajah berkata: "Kami sedar pendigitalan akan menjadi sebahagian daripada kehidupan seharian dan kami tidak mahu golongan warga emas kita ketinggalan."

Cik Indranee hadir di Pasar Tiong Bahru pada Rabu bagi pelancaran inisiatif DBS itu.

Sejak Jun 2020, apabila Pemerintah pertama kali melancarkan program Transformasi Digital untuk Penjaja ('Hawkers Go Digital), jumlah urus niaga SGQR di gerai-gerai yang mengambil bahagian sudah bertambah, menurut DBS dalam kenyataannya.

Sumber : CNA/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan