Skip to main content

Singapura

Disiplin fizikal kanak-kanak: Apakah yang membezakannya dengan penderaan?

Apabila kedua-dua anak lelakinya - berusia empat tahun dan enam tahun - berkelakuan nakal, Cik Therese Tay akan memukul mereka pada bahagian punggung atau tapak tangan, atau memilih untuk "menghantar mereka ke sudut nakal' untuk bermuhasabah. 

Anggaran Waktu Membaca:
Disiplin fizikal kanak-kanak: Apakah yang membezakannya dengan penderaan?

Gambar hiasan.

Diterbitkan : 17 Dec 2018 11:08AM Dikemas Kini : 17 Dec 2018 11:19AM

SINGAPURA: Apabila kedua-dua anak lelakinya - berusia empat tahun dan enam tahun - berkelakuan nakal, Cik Therese Tay akan memukul mereka pada bahagian punggung atau tapak tangan, atau memilih untuk 'menghantar mereka ke sudut nakal' untuk bermuhasabah.

Bagaimanapun, sama seperti semua kecuali satu daripada 10 ibu bapa yang ditinjau Mediacorp, ibu berusia 38 tahun itu tidak tahu sejauh manakah disiplin secara fizikal boleh menjadi sesuatu yang melanggar undang-undang dan berkemungkinan menjadi satu perbuatan jenayah.

"Berdasarkan undang-undang dan secara teknikal, tidak" kata Cik Tay, "Tetapi secara peribadi, saya berpendapat ya, jika ia sesuatu yang berulang, sebab-sebab atau berkemungkinan menyebabkan kecederaan serius dan tidak dilakukan untuk mendidik kanak-kanak itu tetapi sebaliknya untuk melepaskan geram atau setakat menunjukkan kuasa."

Sebarang perbuatan yang menyebabkan kanak-kanak itu cedera - termasuk dengan sengaja menyebabkan luka-luka dan perbuatan lain seperti memukul, menggoncang dan "disiplin keterlaluan" - dianggap penderaan fizikal, menurut Kementerian Pembangunan Sosial dan Keluarga (MSF).

Dan di bawah Akta Kanak-Kanak dan Orang Muda, penderaan fizikal - dan mengakibatkan kesakitan fizikal "yang tidak perlu", kesakitan atau kecederaan - dianggap sebagai penderaan. Inilah tuduhan yang dikenakan terhadap seorang lelaki berusia 35 tahun yang membantai anak lelakinya, 9 tahun, pada tahun lalu.

Bapa itu mengangkat budak tersebut dalam keadaan tunggang-terbalik, lalu memukulnya menggunakan penyangkut baju dan menendangnya. Seorang jiran menelefon polis apabila beliau terdengar kanak-kanak itu menangis dengan kuat, bertanggapan bahawa ia adalah satu penderaan terhadap kanak-kanak.

Sesetengah peguam bagaimanapun akur bahawa undang-undang itu "agak luas" dan berpotensi menimbulkan kekeliruan dalam kalangan ibu bapa.

Cik Lin Xiaoling, timbalan pengarah sokongan dan pendidikan awam Persatuan Kanak-Kanak Singapura, berkata: "Perbezaan antara disiplin dengan penderaan kanak-kanak begitu kecil sekali sehingga sukar untuk membezakannya". 

Sumber : CNA/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita