Direktori FoodConnect mudahkan keluarga penerima dapatkan bantuan
SINGAPURA: Mengurangkan pertindihan dan memanfaatkan sumber-sumber sepenuhnya.
Itulah tujuan Direktori FoodConnect iaitu senarai amal pertama yang mengagihkan makanan meliputi 25 pertubuhan.
Ia digunakan seiring dengan Pangkalan Data FoodConnect agar penerima manfaat mendapat bantuan makanan yang memenuhi keperluan mereka dengan cara yang terbaik.
Meskipun terdapat lebih 100 badan amal makanan di Singapura, sesetengah isi rumah masih menerima barangan dapur yang tidak menepati keperluan mereka.
Memandangkan harga makanan yang meningkat, mendapatkan sokongan yang betul menjadi lebih genting lagi.
Sesetengah keluarga juga tidak tahu di mana untuk mendapatkan bantuan.
Justeru, direktori FoodConnect membantu memadankan pemohon bantuan dengan lebih baik mengikut keperluan mereka, kata Pengarah Eksekutif Pusat Jagaan Yong-en, Nicholas Lai.
"Ia bertindak sebagai pusat sehenti untuk melihat apa yang tersedia di tempat mereka tinggal dengan apa yang disediakan agensi," kata Encik Lai.
Untuk memenuhi keperluan pelanggan dengan lebih baik, pangkalan data yang membolehkan badan amal bertukar-tukar maklumat juga dibangunkan.
"Ia sebenarnya membantu kami mengumpul, menganalisa dan menggunakan butiran yang dikongsi untuk membuat perancangan lebih awal, bincangkan bagaimana khidmat yang kami sediakan boleh melengkapi apa yang ditawarkan badan-badan lain," kata Anggota Lembaga Pengarah, FFA, Faiz Selamat.
Sekarang ini, terdapat empat badan dalam pangkalan data itu.
14 lagi telah melahirkan minat untuk menyertainya.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.