Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Diploma teknologi pertanian dilancarkan di Politeknik Republik

Orang dewasa yang berminat menceburi bidang pertanian boleh mendalami pengetahuan dalam teknologi pertanian menerusi program diploma baru yang dilancarkan oleh Politeknik Republik (RP) pada Rabu (9 Jan).

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 09 Jan 2019 08:27PM Dikemas Kini : 09 Jan 2019 11:18PM

SINGAPURA: Orang dewasa yang berminat menceburi bidang pertanian boleh mendalami pengetahuan dalam teknologi pertanian menerusi program diploma baru yang dilancarkan oleh Politeknik Republik (RP) pada Rabu (9 Jan).

Kursus tersebut dibuka kepada lepasan ITE yang akan menjalani latihan sambil belajar di bawah Program Bekerja dan Belajar SkillsFuture ("Earn and Learn").

Orang dewasa yang berminat untuk menceburi kerjaya dalam industri pertanian boleh juga bermohon.

Kumpulan pertama pelajar akan memulakan pengajian pada Jun ini.

Menteri Negara Kanan Perdagangan dan Perusahaan Koh Poh Koon berkata kebimbangan baru-baru ini mengenai bekalan telur menunjukkan betapa Singapura boleh terdedah kepada gangguan bekalan makanan global.

Beliau menekankan pentingnya meningkatkan jaminan bekalan makanan, sambil menambah bahawa negara ini boleh menjadi hab bagi pertanian bandar dan teknologi akuakultur.

Bagi menggalak inovasi dalam sektor pertanian satu perjanjian ditandatangani dengan Persekutan Perusahaan Pertanian Makanan Singapura hari ini.

Program tersebut sebahagian daripada daya usaha bagi merancakkan sektor pertanian Singapura.

Sumber : CNA/MM/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan