Dipenjara 8 minggu cuba sogok polis trafik bagi elak tuduhan pandu dalam keadaan mabuk
(Gambar: CPIB)
SINGAPURA: Seorang lelaki berusia 38 tahun dikenakan hukuman penjara selama lapan minggu pada Isnin (18 Jul) kerana cuba memberi rasuah kepada para pegawai polis trafik setelah disyaki memandu dalam keadaan mabuk.
Pada 3 Dis 2019, Han Shaolu sedang berehat di dalam keretanya di sebuah tempat letak kereta terbuka di Geylang apabila dua pegawai menghampirinya.
Warga China itu menawarkan wang suap S$100 kepada mereka dan juga kepada pegawai ketiga yang kemudian tiba di tempat tersebut. Ini supaya ketiga-tiga pegawai tidak akan memberkasnya, menurut Biro Siasatan Amalan Rasuah (CPIB) dalam kenyataan medianya.
Para pegawai bagaimanapun enggan menerima wang sogok itu dan sebaliknya melaporkan kes tersebut kepada CPIB.
Han didakwa di mahkamah pada Jun 2020 atas kesalahan di bawah Akta Pencegahan Rasuah.
Sesiapa saja yang didapati bersalah atas tuduhan menyogok boleh dikenakan hukuman penjara sehingga lima tahun, didenda sehingga S$100,000, atau kedua-duanya sekali.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.