Skip to main content

Singapura

Dipecat SingPost, bekas CEO undur daripada lembaga pengarah

Bekas ketua eksekutif kumpulan Singapore Post, Vincent Phang, salah seorang daripada tiga eksekutif kanan yang dipecat pada Disember tahun lalu kerana didakwa cuai dalam mengendalikan siasatan dalaman, berhubung laporan pemberi maklumat yang diterima oleh syarikat itu, telah meletak jawatan sebagai ahli lembaga pengarah pada Ahad (12 Jan).

Anggaran Waktu Membaca:
Dipecat SingPost, bekas CEO undur daripada lembaga pengarah
Diterbitkan : 13 Jan 2025 10:55PM Dikemas Kini : 13 Jan 2025 10:56PM
SINGAPURA: Bekas ketua eksekutif kumpulan Singapore Post, Vincent Phang, salah seorang daripada tiga eksekutif kanan yang dipecat pada Disember tahun lalu kerana didakwa cuai dalam mengendalikan siasatan dalaman, berhubung laporan pemberi maklumat yang diterima oleh syarikat itu, telah meletak jawatan sebagai ahli lembaga pengarah pada Ahad (12 Jan).

Penyedia khidmat pos kebangsaan itu mengumumkan peletakan jawatan Phang dalam satu pemfailan di Bursa Saham Singapura (SGX) pada Isnin.

Encik Phang merupakan pengarah bukan eksekutif, bukan bebas dalam lembaga pengarah SingPost sejak 1 September 2021.

Beliau dilantik semula pada 21 Julai 2022.

Pada 21 Disember 2024, SingPost memecatnya daripada jawatannya sebagai ketua eksekutif kumpulan SingPost bersama dengan ketua pegawai kewangan kumpulan Vincent Yik dan ketua unit perniagaan antarabangsa Li Yu.

Dalam pemfailan SGX, SingPost maklum terdapat perbezaan pendapat yang tidak dapat diselesaikan mengenai perkara penting antara Encik Phang dengan lembaga pengarah.

Syarikat itu menyatakan Encik Phang telah berkata bahawa beliau "menyangkal secara mutlak" dakwaan terhadapnya dalam prosiding disiplin yang menyebabkannya dipecat dan beliau "akan terus menerus mencabar" keputusan memecatnya, atas dasar merit dan ketidakadilan prosedur.

Menurut laman SingPost, lembaga pengarah syarikat itu kini terdiri daripada tujuh anggota, termasuk pengerusi Simon Israel menyusuli peletakan jawatan Encik Phang.
Sumber : CNA/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita