Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

'Dinding ais' diguna untuk bina terowong kereta api Laluan Thomson-East Coast

Kaedah pembekuan tanah menggunakan air garam beku dengan campuran kalsium klorida dan air pada suhu 30 darjah selsius di bawah sifar untuk membolehkan tanah sekitarnya membeku dan membentuk tunggak ais.

Anggaran Waktu Membaca:
'Dinding ais' diguna untuk bina terowong kereta api Laluan Thomson-East Coast

(Gambar: Amir Yusof)

Diterbitkan : 25 Jun 2018 06:52PM Dikemas Kini : 25 Jun 2018 06:57PM

SINGAPURA: Dinding-dinding ais digunakan untuk membina terowong kereta api di Stesen Marina Bay di Laluan Thomson-East Coast.

Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) menyatakan ini adalah kali pertama teknik sedemikian digunakan untuk menstabilkan tanah sebelum kerja-kerja penggalian terowong dijalankan.

Ia juga adalah salah satu cara untuk mengurangkan sebarang gangguan operasi kereta api semasa pembinaan.

Kaedah pembekuan tanah menggunakan air garam beku dengan campuran kalsium klorida dan air pada suhu 30 darjah selsius di bawah sifar untuk membolehkan tanah sekitarnya membeku dan membentuk tunggak ais.

Ia kemudian berkembang dan bergabung dengan tanah sekitarannya untuk membentuk sebuah tembok ais.

Kerja-kerja pembinaan bermula pada akhir Mac menggunakan sekitar 28 meter padu air garam. Sedalam 40 meter di bawah permukaan tanah, stesen Marina Bay dijadual dibuka pada tahun 2021.

Menurut LTA, kaedah pembekuan tanah ini digunakan kerana sebahagian besar tanahnya adalah aluvium lama, yang sangat telap. Ini menjadikannya sukar distabilkan dan berbahaya untuk membina terowong.

LTA menyatakan kaedah pembekuan tanah adalah yang terbaik berbanding kaedah-kaedah lain. Dinding-dinding ais akan digunakan selama kira-kira tiga bulan, sehingga pembinaan terowong bawah Laluan Thomson-East Coast selesai.

Paip pembekuan kemudiannya akan dimatikan demi membolehkan tanah menjadi cair. Selepas itu, pembinaan akan bermula di terowong atas Changi. Terowong ini berada dalam tanah liat laut, yang dirawat oleh penurapan simen.

Laluan Thomson-East Coast seluas 43 kilometer itu akan menambah 31 stesen ke dalam rangkaian kereta api dan akan dibuka secara bertahap-tahap mulai 2019.  

Sumber : CNA/NU/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan