Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Dikir barat diadunkan ke dalam siaran khas BERITA@One Punggol

Siaran khas BERITA@One Punggol dalam acara khas pada malam Sabtu ini (25 Feb) menjanjikan pelbagai paparan menarik.

Anggaran Waktu Membaca:

BERITAmediacorp: Siaran khas BERITA@One Punggol dalam acara khas pada malam Sabtu ini (25 Feb) menjanjikan pelbagai paparan menarik.

Selain berpeluang menyaksikan kru dan penyampai BERITAmediacorp beraksi secara langsung, siaran khas selama 45 minit itu turut dimeriahkan dengan sebuah persembahan dikir barat khas.

Seramai 30 'awok-awok' daripada kumpulan lelaki Durbar Dua dan wanita, Dwi Durrah akan mendendangkan lagu-lagu dikir barat^ yang digubah khas dengan bait-bait lirik untuk BERITA@One Punggol.

Inilah pertama kali persembahan dikir barat diadunkan ke dalam siaran Berita TV secara langsung dan ia memerlukan perancangan teknikal yang teliti untuk memberi kesan unik.

Menurut wakil kumpulan Durbar Dua, Encik Tauhid Abddul Jalil, kumpulannya sangat teruja dan berbangga diberi peluang untuk mempamerkan seni dikir barat di platform ini.

"Selalunya kami adakan persembahan di pertandingan untuk orang melihat dan mengenal seni dikir barat. Tapi ini adalah satu-satunya peluang untuk kami mengongsi atau membuka tirai dikir barat kepada masyarakat umum," kata Encik Tauhid, yang turut memegang peranan sebagai 'Tukang Karut'.



Selepas siaran berita, mereka akan mempersembahkan empat lagi lagu dikir barat, yang kaya dengan mesej-mesej yang boleh dijadikan iktibar buat semua.

"Ada segmen karut yang akan menyanyikan lagu-lagu daripada asas 'matang', 'karut yankee', 'karut Kelantan'. Ini adalah lagu-lagu dikir barat yang tradisional dari asalnya. Tapi bila kita sudah mempersembahkannya di Singapura ini, kami ubahlah sedikit atau menyesuaikan lagu-lagu itu kepada citarasa kami di Singapura.

"Dan kita juga akan mempersembahkan lagu 'Juara'. Lagu 'Juara' adalah semestinya lagu yang paling gah dalam persembahan dikir barat untuk menarik lagi perhatian masyarakat umum untuk menonton dikir barat," tambah Encik Tauhid.

Menurut Encik Tauhid, Durbar Dua dan Dwi Durrah pernah menjuarai pelbagai pertandingan sebelum ini.

"Dengan aliran zaman, kita dapat membukakan lagi seni dikir barat ini kepada kaum lelaki dan kaum perempuan. Jadi dalam persembahan nanti gabungan suara lelaki dan perempuan, gabungan tenaga dan seni adalah memang amat unik sekali," ujarnya.

Sumber : BERITA Mediacorp/SY
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan