Skip to main content

Singapura

Dialog Shangri-La 'wadah terbaik' untuk pertingkat diplomasi, kata Dr Ng Eng Hen

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 12 Jun 2022 06:22PM Dikemas Kini : 12 Jun 2022 09:08PM

SINGAPURA: Selain ingin bertemu muka, Menteri Pertahanan Singapura Dr Ng Eng Hen berkata pada hakikatnya tiada wadah yang mampu menggantikan pertemuan secara empat mata, lebih-lebih lagi dalam bidang diplomasi.

Beliau berkata demikian kepada media pada penghujung Dialog Shangri-La yang diadakan semula selepas dua tahun.

Dr Ng menyifatkan pertemuan Menteri-Menteri Pertahanan Amerika Syarikat (AS) dan China di acara itu sebagai sesuatu yang meyakinkan.

Beliau menambah negara-negara ASEAN boleh berasa tenang kerana tidak perlu menyebelahi mana-mana pihak.

Namun, kata Dr Ng, sukar untuk dipastikan sama ada hubungan dua kuasa besar itu akan bertambah baik selepas Menteri-Menteri Pertahanan AS dan China bertemu muka semasa Dialog Shangri-La.

"Sekurang-kurangnya, perkara-perkara yang mereka bersetuju untuk tidak sekata adalah sangat jelas.
Bagi negara-negara ASEAN, kami akan terus bekerjasama dalam Mesyuarat Menteri Pertahanan ASEAN (ADMM) Plus. Seperti yang anda tahu, ADMM Plus diadakan pada hujung tahun ini dan China serta Amerika akan turut hadir. Ini adalah suatu perbualan, suatu perjalanan, inilah hakikatnya dan begitulah pengamatan saya," ujar Dr Ng.

Apabila ditanya mengenai pemerhatiannya tentang interaksi antara Menteri-menteri AS dengan China semasa majlis makan tengah hari semalam, Dr Ng menyifatkan majlis itu sebagai persekitaran terbaik untuk mereka bertukar-tukar pandangan.

Begitu juga pemerhatian menteri-menteri yang lain, kata Dr Ng.

"Dan kami mengharapkan detik-detik positif seperti ini. Anda dengar Jeneral Wei berkata China tidak mahukan konflik Ukraine terjadi dan Beijing berharap ia dapat segera dihuraikan. Kami benar-benar berharap China boleh bercakap kepada Rusia dan Rusia akan mendengarnya."
 

Sumber : CNA/ZM/kf
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita