Skip to main content

Singapura

Dialog Shangri-La: India meterai perjanjian jual peluru berpandu BrahMos kepada Vietnam

Anggaran Waktu Membaca:
Dialog Shangri-La: India meterai perjanjian jual peluru berpandu BrahMos kepada Vietnam

(Gambar fail: Reuters)

Diterbitkan : 31 May 2026 08:30AM
  • India menandatangani perjanjian penjualan peluru berpandu BrahMos dengan Vietnam, menjadikannya negara Asia Tenggara kedua selepas Filipina menerima sistem tersebut.
  • Perkara ini didedahkan oleh Setiausaha Kementerian Pertahanan India, Rajesh Kumar Singh, pada Dialog Shangri-La di Singapura pada 30 Mei.
  • India membangunkan peluru berpandu BrahMos bersama Rusia dan sebelum ini telah membekalkan sistem itu kepada Filipina melalui perjanjian pada tahun 2022.
  • Rundingan dengan Indonesia juga berada di peringkat akhir, menunjukkan usaha India memperluas eksport pertahanan di rantau ini.
Dijana oleh AI

SINGAPURA: India memeterai perjanjian dengan Vietnam bagi penjualan peluru berpandu BrahMos, menjadikannya jualan kedua ke negara Asia Tenggara selepas Filipina.

Perkara itu didedahkan oleh Setiausaha Kementerian Pertahanan India Rajesh Kumar Singh di Dialog Shangri-La di Singapura pada Sabtu (30 Mei).

“Setakat pemahaman saya, rundingan dengan Indonesia dan Vietnam berada di peringkat akhir. Bagi Vietnam, saya difahamkan perjanjian itu dimeterai.

“Mungkin belum diumumkan secara terbuka, tetapi ia telahpun ditandatangani,” katanya.

India membangunkan sistem peluru berpandu BrahMos secara bersama dengan Rusia.

India sebelum ini membekalkan peluru berpandu anti-kapal berasaskan darat itu kepada Filipina menerusi perjanjian 2022 antara BrahMos Aerospace Private Limited (BAPL) dan Jabatan Pertahanan Negara Filipina.

Sumber : Reuters/AY/ay
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita