Dialog Shangri-La bermula; isu keamanan, keselamatan Asia Pasifik jadi tumpuan
Anggaran Waktu Membaca:

SINGAPURA: Sidang Puncak pertahanan paling utama di Asia - Dialog Shangri-La - bermula di Singapura hari ini (2 Jun).
Banyak agenda perbincangan akan dibahaskan para pemimpin pertahanan daripada lebih 40 negara yang sudahpun berada di sini.
Daripada perang Rusia-Ukraine, kemelut di Myanmar sejak rampasan kuasa, hinggalah kepada isu ketegangan yang meningkat antara Amerika Syarikat dan China.
Semua perhatian kini tertumpu kepada persidangan di Hotel Shangri-La itu yang berlangsung sehingga Ahad.
Sidang puncak tersebut dianjurkan oleh Institut Antarabangsa bagi Pengajian Strategik (IISS).
Bagi edisi yang ke-20 ini, sekitar 550 menteri pertahanan dan tokoh-tokoh politik dari lebih 40 negara menghadirinya.
Persidangan tersebut memainkan peranan penting dalam mengupas dan membincangkan pelbagai isu yang berkait rapat dengan landskap keamanan dan keselamatan rantau Asia Pasifik.
Hubungan Amerika Syarikat dan China, terutama berkaitan status Taiwan dan Laut China Selatan, bakal menjadi perhatian pelbagai pihak yang terlibat dalam pertikaian tersebut.
Kehadiran wakil-wakil dari dunia Barat, terutama Kesatuan Eropah (EU) turut bermakna, pencerobohan Rusia ke atas Ukraine akan menjadi antara tema utama perbincangan.
Dialog Shangri-La turut menyediakan peluang bagi pelbagai pertemuan dua hala antara wakil negara masing-masing yang hadir.
Beberapa tokoh pemimpin akan menyampaikan ucaptama di dialog tersebut.
Antaranya, Perdana Menteri Australia anthony Albanese, Setiausaha Pertahanan Amerika Llyod Austin, serta Menteri Pertahanan China, Li Shangfu.

Sumber : CNA/IQ/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.