Dialog PPF sediakan wadah bagi parti ganding bahu dengan rakyat SG lakar huraian praktikal: Chee Hong Tat
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Dialog Forum Dasar Parti Tindakan Rakyat (PPF) menyediakan wadah bagi parti tersebut dan rakyat Singapura berganding bahu dan membangunkan huraian praktikal. Ini sejajar dengan sasaran pemerintah dan parti PAP di bawah Melakar Hala Tuju SG dan inisiatif #refreshPAP.
Demikian ditegaskan Penasihat PPF Chee Hong Tat, dipetik dari rencana yang diterbitkan di laman PAP Petir.sg pada Isnin (1 Jul).
"Anda boleh menyokong idea-idea baharu dan perubahan bermakna dengan menjadi sebahagian daripada PAP dan bekerjasama dengan PAP," ujar Encik Chee, yang juga merupakan Menteri Pengangkutan.
Tambah Encik Chee, menerusi pertukaran pandangan, "kami berharap untuk memupuk penghargaan yang lebih mendalam terhadap dasar tukar ganti, menyemai rasa kepercayaan yang lebih kukuh dengan pihak berkepentingan, dan mewujudkan platform untuk membangunkan huraian yang praktikal dengan bekerjasama dengan rakyat Singapura."
Di satu dialog PPF yang dihadiri lebih 200 aktivis parti dan pemimpin kesatuan pada Sabtu (29 Jun), Encik Chee menarik perhatian bahawa Perdana Menteri Lawrence Wong telah berikrar bahawa parti tersebut akan mendampingi rakyatnya dengan lebih luas, berkomunikasi dengan lebih baik dan mengatur lebih rapi.
Dialog sedemikian, menurut rencana itu, akan membolehkan anggota dan penyokong parti untuk menyediakan maklum balas yang berguna daripada orang ramai, kepada pemerintah. Dalam pada itu, Encik Chee menyeru para peserta untuk mewakili pelbagai lapisan masyarakat, bagi membangkitkan kebimbangan mereka dan mengutarakan idea serta saranan mereka.
Encik Chee menekankan bahawa perbincangan sebegitu akan membantu dalam memastikan para aktivis dan penyokong PAP mempunyai pemahaman yang lebih baik terhadap isu-isu dasar penting seperti tenaga kerja dan perumahan. Apabila hal sedemikian muncul di platform media sosial atau daripada khalayak umum, penyokong parti itu dapat membantu "menjelaskan pertimbangan dan tukar gantinya kepada para pengundi," tambahnya.
"Kami terima kami tidak boleh meyakinkan semua orang. Tetapi penting bagi PAP untuk memujuk seberapa ramai orang yang boleh," ujarnya, dipetik daripada laman PAP itu.
Semasa sesi dialog itu, Menteri Tenaga Manusia Tan See Leng, Setiausaha Agung NTUC Ng Chee Meng, dan Naib Presiden Persekutuan Majikan Kebangsaan Singapura (SNEF) Tan Hee Teck turut membincangkan pertimbangan dasar dalam memperkasa rakyat Singapura untuk membina ketangkasan kerjaya, daya tahan dan kecukupan bagi persaraan. Perbincangan itu berlandaskan maklum balas positif daripada siri PPF Insights, yang diadakan tahun lalu.

Sumber : Sumber Web/SS/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.