Dialog Perdaus perkukuh pemikiran kritis belia dalam menilai naratif di wadah online
Sekitar 160 belia daripada Perdaus, masjid-masjid, pertubuhan Melayu/Islam (MMO) serta institusi pengajian tinggi menyertai sesi dialog 'Voices of Humanity' dianjurkan Perdaus. (Gambar: Perdaus)
- Perdaus organised the ‘Voices of Humanity’ dialogue, bringing together about 160 youths from mosques, Malay/Muslim organisations and institutes of higher learning, alongside panellists Minister of State for Information and Digital Development and Health Rahayu Mahzam, and Ustaz Ahmad Helmi Hasbi from RRG.
- The dialogue aimed to help youths evaluate social media information about conflicts and humanitarian crises, and distinguish genuine concern from messages that sow hatred, division or extremism.
- Facilitator Muhammad Nabil Mohamad Zulkefly emphasised emotional regulation and providing a safe space for youths to share their views before receiving guidance.
- Student Nurain Tihani Muhammad Faizal saw volunteering, community activities and networks spanning different backgrounds as ways to understand the realities on the ground and voice concerns more meaningfully.
- Perdaus menganjurkan dialog ‘Voices of Humanity’, menghimpunkan kira-kira 160 belia daripada masjid, pertubuhan Melayu/Islam dan institusi pengajian tinggi bersama panelis Menteri Negara Penerangan dan Pembangunan Digital merangkap Kesihatan, Rahayu Mahzam serta Ustaz Ahmad Helmi Hasbi daripada RRG.
- Dialog itu bertujuan membantu belia menilai maklumat media sosial tentang konflik dan krisis kemanusiaan, serta membezakan keprihatinan tulen daripada mesej yang menyemai kebencian, perpecahan atau ekstremisme.
- Fasilitator Muhammad Nabil Mohamad Zulkefly menekankan kawalan emosi dan ruang selamat untuk belia berkongsi pandangan sebelum menerima bimbingan.
- Pelajar Nurain Tihani Muhammad Faizal pula melihat sukarelawan, kegiatan kemasyarakatan dan rangkaian merentas latar belakang sebagai cara memahami keadaan sebenar serta menyuarakan kebimbangan dengan lebih bermakna.
Khususnya mengenai konflik dan krisis kemanusiaan yang berlaku di seluruh dunia.
Ini termasuk naratif yang boleh mencetuskan kebencian, perpecahan serta menyebarkan fahaman ekstrem.
Justeru, Perdaus berusaha memperkukuh keupayaan belia Islam untuk menilai secara kritis pelbagai maklumat dan naratif yang tersebar melalui platform-platform online.
Dialog 'Voices of Humanity' dianjurkan pertubuhan itu pada Ahad (1 Nov) bertujuan untuk membimbing golongan belia agar dapat menyuarakan keprihatinan terhadap isu kemanusiaan secara bertanggungjawab.
Sekitar 160 belia daripada Perdaus, masjid-masjid, pertubuhan Melayu/Islam (MMO) serta institusi pengajian tinggi menyertai sesi dialog tersebut bersama para panelis Menteri Negara Penerangan dan Pembangunan Digital merangkap Kesihatan Rahayu Mahzam serta Ustaz Ahmad Helmi Hasbi dari Kumpulan Pemulihan Keagamaan (RRG).
Dialog tersebut turut menyediakan ruang bagi belia membincangkan perasaan mereka yang mungkin timbul apabila mengikuti perkembangan konflik serta krisis kemanusiaan di seluruh dunia.
Menurut fasilitator belia Perdaus, Muhammad Nabil Mohamad Zulkefly, kandungan di media sosial sering menarik perhatian golongan muda dengan menyentuh emosi mereka.
"Saya rasa para belia meluangkan masa yang banyak di media sosial dan satu elemen daripada media sosial adalah ia akan menarik pengguna melalui emosi, dan selalunya para remaja senang terpengaruh dengan elemen-elemen yang menyentuh emosi," katanya.
Encik Nabil, 27 tahun, turut menekankan pentingnya menyediakan ruang yang selamat dan terbuka bagi golongan belia meluahkan pandangan serta kebimbangan mereka, khususnya mengenai isu-isu sensitif.
Sebagai fasilitator, beliau berusaha memastikan pandangan setiap belia didengari dan difahami sebelum sebarang nasihat atau bimbingan diberikan.
Bagi pelajar Perdaus, Nurain Tihani Muhammad Faizal, dialog tersebut merupakan wadah penting untuk golongan belia menyuarakan kebimbangan mereka secara langsung kepada pemimpin masyarakat dan golongan asatizah.
Beliau turut berpendapat bahawa keprihatinan terhadap isu kemanusiaan tidak seharusnya terbatas kepada perkongsian di media sosial sahaja.
Sebaliknya, golongan belia juga boleh memainkan peranan lebih aktif menerusi kegiatan sukarela dan kemasyarakatan.
"Apabila kita menyertai aktiviti sukarela atau kebajikan, kita dapat membuka minda dan memahami dengan lebih mendalam keadaan sebenar masyarakat di lapangan," katanya.
Menurut Tihani, 18 tahun, sesi dialog yang dianjurkan Perdaus menyedarkannya tentang pelbagai wadah yang tersedia bagi belia untuk menyuarakan kebimbangan mereka.
Oleh itu, beliau merancang untuk menyertai lebih banyak sesi rangkaian bersama individu-individu daripada pelbagai kaum dan latar belakang, bagi memahami pendapat mereka berkaitan isu-isu semasa.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.