Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Dialog awam mengenai masa depan sistem pengangkutan negara bakal bermula

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 02 Sep 2022 07:25PM Dikemas Kini : 02 Sep 2022 10:55PM
SINGAPURA:Singapura akan mendapatkan pandangan awam tentang bagaimana menyesuaikan prasarana pengangkutan bagi keperluan masa depan negara, kata Menteri Pengangkutan, S Iswaran pada Jumaat (2 Sep).

Ini menyusuli perubahan sikap penumpang disebabkan pandemik serta tumpuan yang meningkat terhadap iklim dan kemampanan.

Encik Iswaran berkata sesi mendampingi masyarakat itu akan dilakukan di bawah siri dialog dengan pihak industri dan penumpang, di bawah inisiatif Melakar Hala Tuju Singapura.

"Kita perlu menilai semula beberapa tanggapan sedia ada untuk melihat sama ada ia masih wajar atau sama ada kita perlu meneroka formula baru bagi memenuhi beberapa perkara," katanya di luar acara Hari Industri Pengangkutan Darat pada Jumaat.

Ini tambah beliau memandangkan ada aspirasi dan keperluan dalam masyarakat yang berubah-ubah, bukan saja disebabkan demografi tetapi juga disebabkan perubahan aspirasi, tabiat dan budaya.
Sumber : CNA/HY/hy
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan