Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Dialek ibu bapa akan dipapar pada sijil kelahiran digital mulai 1 Sep 2022

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 12 Aug 2022 05:52PM Dikemas Kini : 12 Aug 2022 10:36PM
SINGAPURA: Dialek ibu bapa akan disertakan dan dipaparkan pada sijil kelahiran digital yang dikeluarkan mulai 1 September 2022.

Demikian menurut Penguasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan (ICA) pada Jumaat (12 Ogos) selepas penguasa itu menerima beberapa pertanyaan sebelum ini mengenai pengecualian maklumat tersebut.

Dialek ibu bapa adalah antara butiran yang tidak disertakan semasa sijil kelahiran digital diperkenalkan kerana ia "tidak diperlukan bagi penggubalan dasar dan keperluan pentadbiran yang lain", menurut ICA.

Butiran lain yang tidak disertakan termasuk negara kelahiran ibu bapa, alamat ibu, pendaftaran tempat kelahiran anak dan satu seksyen yang diberi nama "Butiran Pemberi Maklumat".

Ini dilakukan "untuk memudahkan proses pendaftaran dan bagi mengurangkan bilangan ruang butiran", dedah ICA selanjutnya.

Butiran mengenai dialek ibu bapa akan terus didaftarkan oleh ICA dan butiran tersebut juga boleh didapati di Singpass.

"Oleh itu, kami telah memutuskan untuk memasukkan dialek ibu bapa ke dalam sijil kelahiran digital yang dikeluarkan mulai 1 September 2022," jelas ICA.
 
Sumber : CNA/SS/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan