Di sebalik pengumuman tarikh Islam: kepakaran falak terus diperkukuh
Bagi mereka yang menggalas tanggungjawab di sebaliknya, ia memerlukan ilmu, pengalaman dan kemahiran yang khusus.
Ustaz Abdul Hafiz Latiff dan Ustazah Aisyah Zakaria merupakan antara empat kakitangan Majlis Ugama Islam Singapura (MUIS) yang telah menjalani program Sijil Profesional Falak di Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA), Terengganu.
Kursus tersebut dijalankan selama lima bulan pada setiap hujung minggu secara online dan fizikal.
Kumpulan itu juga merupakan yang pertama dari Singapura untuk menjalani program itu.
"Ilmu falak ini memainkan peranan sangat penting dalam menjamin kesahihan ibadah umat Islam," katanya.
"Sebagai contoh, kewajipan berpuasa bermula dengan penampakan anak bulan selepas waktu Maghrib pada 29 hari bulan Hijriah. Bagi negara yang mengamalkan rukyah, sekiranya anak bulan kelihatan, maka keesokan harinya merupakan bulan yang baharu. Namun jika ia tidak kelihatan, maka bulan hari seterusnya merupakan hari penggenap.
Ustaz Abdul Hafiz, 31 tahun, juga berkongsi tentang potensi penampakan anak bulan , sama ada ia boleh dilihat ataupun tidak adalah berdasarkan kaedah hisab iaitu melalui perkiraan astronomi.
"Jika perkiraan astronomi menunjukkan bahawa pada malam ke-29, anak bulan sebenarnya telah terbenam lebih awal dari matahari, maka secara hakikatnya, anak bulan tidak mungkin berada di atas ufuk. Perkiraan ini adalah satu kepastian yang tidak boleh diragui.
"Oleh itu, sekiranya terdapat individu yang mendakwa melihat anak bulan dalam situasi tersebut, dakwaan itu boleh dianggap sebagai kesilapan pemerhatian, kerana secara fizikalnya anak bulan tidak wujud di atas ufuk pada waktu tersebut. Apa yang dilihat mungkin objek langit dan bukannya anak bulan yang menjadi penanda permulaannya bulan Islam," katanya.
"Yang pertama, satu wacana untuk membincangkan isu-isu kontemporari dalam ilmu falak. Yang kedua, kursus latihan khusus untuk para asatizah bagi mempelajari asas falak dan melakukan perkiraan menggunakan sofwe yang dibangunkan sendiri oleh Encik Odeh.
Menerusi inisiatif-inisiatif sedemikian, Ustaz Abdul Hafiz berharap ia menjadi sebab lebih ramai orang melibatkan diri dalam bidang falak.
BIDANG FALAK TIDAK TERHAD KEPADA GOLONGAN ASATIZAH
Ustaz Abdul Hafiz berkata bahawa kemahiran dalam ilmu falak tidak dihadkan kepada golongan asatizah.
Beliau berkongsi bahawa salah seorang anggota Jawatankuasa Falak, Encik Faizal Othman, mempunyai kepakaran teknikal dalam bidang falak meskipun bukan seorang asatizah.
"Saya mengalu-alukan individu yang minat dalam ilmu falak kerana kelangsungan ilmu itu sangat penting, untuk memastikan ilmu tersebut tidak lenyap ditelan zaman," kata Ustaz Abdul Hafiz.
Ustazah Aisyah Zakaria, yang bertugas sebagai eksekutif kanan di Unit Pendidikan Awam dan Penglibatan Masyarakat, berperanan untuk mendidik masyarakat tentang bagaimana awal bulan dan kalendar Hijri ditentukan.
"Antara inisiatif kami termasuk video temubual ataupun 'Street Interview' yang bertujuan untuk mendidik masyarakat tentang falak secara interaktif dan mudah difahami serta meningkatkan kesedaran tentang kepentingan ilmu ini dalam kehidupan seharian."
"Kami menekankan pendekatan Singapura dalam menentukan awal bulan dan kalendar Hijri supaya masyarakat awam dapat memahami proses dan kepentingannya dengan lebih baik," kongsi Ustazah Aisyah.
Beliau berharap untuk berkongsi ilmu dan pengalaman yang diraih kepada generasi muda supaya mereka dapat menyumbang kepada bidang falak pada masa hadapan.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.