DHL sesuaikan operasi dengan peraturan dagang Amerika yang berubah-ubah, anggap Asia sebagai 'rumah kedua'
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Gergasi logistik Jerman DHL meningkatkan pendapatan dalam perniagaan penghantaran antarabangsa dengan kekal fleksibel dan menyesuaikan operasinya sebagai respons kepada peraturan perdagangan Amerika Syarikat yang berubah-ubah, kata ketua eksekutif DHL Tobias Meyer.
Encik Meyer bercakap kepada Mediacorp pada Khamis (6 Nov), berikutan pengumuman pendapatan suku ketiga syarikat itu.
DHL, yang juga mengendalikan perkhidmatan pos Jerman di bawah Deutsche Post, melaporkan keuntungan operasi suku ketiga lebih tinggi daripada jangkaan.
Ia mencatatkan pendapatan sebanyak 1.5 bilion euro (S$2.25 bilion) sebelum faedah dan cukai, mengatasi jangkaan penganalisis sebanyak 1.28 bilion euro (S$1.92 bilion).
Syarikat itu menyatakan bahawa penambahbaikan kos struktur dan pelarasan harga membantunya menangani persekitaran ekonomi yang tidak menentu, walaupun hasil suku tahunan menurun 2.3 peratus kepada 20.1 bilion euro (S$30.2 bilion), terjejas oleh kadar pertukaran mata wang dan jumlah penghantaran lebih rendah ke Amerika.
Encik Meyer berkata dasar perdagangan Amerika memberi kesan "agak besar" kepada perniagaan.
"Kami mengalami penguncupan dalam jumlah, terutama sekali berkaitan dengan aliran ke Amerika, yang juga mempengaruhi suku ketiga kami," katanya.
Beliau menambah mata wang euro yang kukuh menjejaskan pendapatan syarikat, tetapi walaupun dengan hasil yang lebih rendah daripada kadar pertukaran, DHL masih berjaya meningkatkan keuntungan.
"Kami mempunyai suku ketiga yang baik, dan kami bersedia sepenuhnya bagi suku keempat, menantikan musim puncak tradisional."
TUMPUAN PADA ASIA
Walaupun ketegangan perdagangan dengan Amerika menimbulkan cabaran, Encik Meyer berkata Asia tetap menjadi "rumah kedua" bagi DHL.
"Kami berasa sangat selesa dalam seluruh geografi ini, bermula dari China hingga ke Australia. Jadi, ia adalah kawasan tumpuan utama kami."
DHL juga memerhatikan bagaimana syarikat-syarikat China berkembang secara global, bukan sahaja dalam pengedaran tetapi juga dalam pembuatan, kata Encik Meyer.
Asia Tenggara juga tetap menjadi tumpuan, dengan pelaburan terkini di Malaysia dan Singapura, antara lain.
India, melalui anak syarikat DHL, Blue Dart, adalah satu lagi tonggak strategi Asia mereka, tambahnya.
KETERUJAAN TERHADAP AI
DHL juga bergantung kepada teknologi baharu dalam operasinya. Baru-baru ini ia membuka pusat inovasi di Jerman untuk mempamerkan robotik, kecerdasan buatan dan penyelesaian kelestarian kepada pelanggan.
AI juga sedang digunakan secara meluas dalam operasi syarikat, daripada perkhidmatan pelanggan hingga pelepasan kastam.
"Kami sangat teruja dengan penggunaan kecerdasan buatan dan operasi pelepasan kastam kami ... halangan perdagangan tambahan yang dikenakan oleh Amerika memerlukan banyak usaha dan kerja untuk ditangani, dan sangat mengagumkan untuk melihat apa yang teknologi itu boleh lakukan untuk kami bagi memudahkan kerja kakitangan kami."
Apabila ditanya tentang risiko geopolitik atau perdagangan terbesar yang dihadapi DHL, Encik Meyer berkata syarikat itu tetap memberi tumpuan kepada hubungan pelanggan di tengah-tengah ketidakpastian global.
"Terdapat banyak senario negatif yang anda boleh fikirkan. Apa yang saya fikir penting bagi kami - kekal dekat dengan pelanggan kami, lihat apa maksud perubahan tersebut bagi mereka, adakan perbincangan dengan mereka tentang bagaimana kami boleh menyokong model perniagaan mereka, rantaian bekalan global mereka, untuk mereka menghantar kepada pelanggan mereka. Itulah yang kami tumpukan," katanya.

Sumber : CNA/AT/at
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.