Skip to main content

Singapura

DEWIDigi 2021 kembali buat kali kedua 24 Mac

Acara yang menggalak usahawan wanita mendakapi pendigitalan, DEWIDigi, kembali buat kali kedua pada 24 Mac ini, selepas ditangguhkan tahun lalu akibat keprihatinan COVID-19.

Anggaran Waktu Membaca:
DEWIDigi 2021 kembali buat kali kedua 24 Mac

Para tetamu yang akan berkongsi pengalaman di DEWIDigi 2021. (Gambar: DEWI.SMCCI)

Diterbitkan : 05 Mar 2021 05:32PM Dikemas Kini : 05 Mar 2021 05:44PM

SINGAPURA: Acara yang menggalak usahawan wanita mendakapi pendigitalan, DEWIDigi, kembali buat kali kedua pada 24 Mac ini, selepas ditangguhkan tahun lalu akibat keprihatinan COVID-19.

Namun pada tahun ini, DEWIDigi 2021, anjuran DEWI@DPPMS dengan kerjasama CIMB Bank, akan diadakan secara digital.

Dengan tema 'Merubah Secara Digital dalam Era Pasca Pandemik' atau 'Transforming Digitally in the Post-Pandemic Era', acara berbayar itu antara lain bakal menampilkan tetamu khas seperti pemilik jenama tudung Diyana Halik, Diyana Halik dan pengasas bersama HalalFoodHunt, Jumaiyah M. serta ramai lagi.

Related article image

(Gambar: DEWI.SMCCI/Facebook)

Kali pertama diadakan pada 2019, DEWIDigi menyasarkan usahawan wanita, dengan memberi mereka peluang dan inspirasi ke arah pendigitalan, menghubungkan mereka dengan individu yang berkongsi aspirasi serupa, menggalak mereka mendalami kekuatan pendigitalan serta membuka peluang bekerjasama dan berkembang dengan usahawan lain.

Naib Presiden DPPMS dan Pengerusi DEWI@DPPMS, Cik Fadilah Majid berkongsi: "Melihat bagaimana pandemik COVID-19 memaksa sebilangan perniagaan untuk berhenti beroperasi disebabkan kurang kaedah pendigitalan dan kehadiran online, DEWIDigi 2021 mahu menarik perhatian tentang pentingnya perniagaan dakap pendigitalan bagi kekal mampan dan berkembang.

Related article image

(Gambar: DEWI.SMCCI/Facebook)

"Meskipun acara tahun ini berbeza sedikit, tajuk penting yang dibincangkan akan memberi para peserta ilmu dan kemahiran penuh yang diperlukan bagi langkah seterusnya dalam perniagaan mereka."

KONGSI MANFAAT PENDIGITALAN

DEWIDigi 2021 akan menyentuh topik-topik yang menekankan manfaat pendigitalan, termasuk beberapa aspek dan faktor mengenai dunia perniagaan digital.

Ini termasuk pentingnya pemasaran digital bagi perniagaan dalam era masa kini, kaedah pembayaran digital dan penjenamaan online.

Related article image
Para tetamu yang akan berkongsi pengalaman di DEWIDigi 2021. (Gambar: DEWI.SMCCI)

(Gambar: DEWI.SMCCI/Facebook)

Acara tersebut juga akan mempunyai dua sesi perbincangan.

Bagi sesi pertama, para peserta akan membincangkan pentingnya kaedah pembayaran digital dalam perniagaan, di tengah-tengah permintaan meningkat bagi bayaran tanpa tunai bagi seluruh sektor runcit.

Sesi perbincangan kedua yang menyentuh topik penjenamaan online bagi perniagaan pula menekankan cara-cara menjalankan perniagaan online dengan berkesan.

DEWIDigi 2021 akan diadakan dari 10.00 pagi hingga 1.00 tengah hari pada 24 Mac ini.

Tiket-tiket boleh didapati di https://dewidigi.smcci.org.sg/, bermula S$35. 

Sumber : BERITA Mediacorp/im
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita