Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

DEWI@SMCCI perkenal jawatankuasa baru, bentang rancangan 2 tahun

Sayap wanita Dewan Perniagaan Perusahaan Melayu Singapura (DPPMS), DEWI@SMCCI menubuhkan sebuah jawatankuasa panduan dengan tujuan menyediakan hala tuju strategik bagi beberapa inisiatif utama yang dilakarkan sepanjang dua tahun akan datang.

Anggaran Waktu Membaca:
DEWI@SMCCI perkenal jawatankuasa baru, bentang rancangan 2 tahun

Gambar: Facebook/DEWI.SMCCI

SINGAPURA: Sayap wanita Dewan Perniagaan Perusahaan Melayu Singapura (DPPMS), DEWI@SMCCI menubuhkan sebuah jawatankuasa panduan dengan tujuan menyediakan hala tuju strategik bagi beberapa inisiatif utama yang dilakarkan sepanjang dua tahun akan datang.

Jawatankuasa itu dipimpin Naib Presiden DPPMS dan Pengerusi DEWI@SMCCI Fadilah Majid serta anggota baru Lembaga Pengarah DPPMS, Maslina Mohamed selaku Naib Pengerusi.

Selain Cik Maslina, lagi dua muka baru turut dilantik ke dalam kepimpinan baru DEWI@DPPMS.

Mereka adalah usahawan Fatimah Mohsin dan Rosnah Din.

Demikian menurut DEWI@SMCCI dalam kenyataannya hari ini (22 Sep).

3 MUKA BARU DALAM PUCUK KEPIMPINAN DEWI@SMCCI

Cik Fatimah Mohsin dilantik sebagai pengerusi salah satu acara utama DEWI@SMCCI iaitu DEWI Fiesta, yang dijadual berlangsung pada Mac 2022 sempena Hari Wanita Antarabangsa.

Kali terakhir diadakan pada 2018, DEWI Fiesta bertujuan untuk menyediakan peluang kepada usahawan wanita untuk mengembangkan perniagaan mereka menerusi wadah offline khas, tertakluk kepada langkah pengurusan selamat ketika itu.

Satu lagi inisiatif utama iaitu Jawatankuasa Kecil Perniagaan Mikro, akan dipimpin Naib Pengerusi Maslina Mohamed. Program perniagaan mikro itu khusus bagi membantu pemilik perniagaan dari rumah.

Sementara itu, acara kutipan dana tahunan "DEWI Gives Back" yang lazimnya diadakan pada bulan Ramadan akan dipimpin oleh Rosnah Din.

PROGRAM GALAK TRANSFORMASI DIGITAL

DEWI@SMCCI juga akan menganjurkan edisi baru DEWIDigi pada akhir 2022. Persidangan online itu tertumpu pada
usaha memperdalam pengetahuan usahawan wanita dalam transformasi digital, satu bidang penting bagi
pengetahuan untuk perniagaan hari ini.

Sesi ketiga acara rangkaian tahunan DEWI Connect akan diadakan pada 24 September 2021 dari pukul 2.00 petang hingga 4.00 petang.

Sesi pada tahun ini akan memberi tumpu pada pengalaman usahawan wanita dalam menangani cabaran pandemik dan bangkit lebih kukuh daripada krisis ini.

Sesi itu akan disiarkan secara langsung di wadah media sosial dan menampilkan usahawan seperti Hani Mohamed, Maslina Mohamed dan Vivienna Hamzah.

"Kami berharap dapat melancarkan pelan baru ini pada 2021-2022 dan dengan jawatankuasa baru yang ditubuhkan, kami yakin bahawa DEWI@SMCCI akan terus mencapai misinya untuk memberi inspirasi kepada usahawan wanita serta mengecap impian baru," kata pengerusi DEWI@SMCCI Fadilah Majid.

Sumber : BERITA Mediacorp/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan