Dewan sukan baru dibuka di hab bersepadu Bukit Canberra
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Para penduduk di Sembawang kini boleh mula bersukan di sebuah dewan sukan baru.
Mula dibuka hari ini (23 Okt), ia adalah sebahagian daripada hab bersepadu Bukit Canberra yang seluas 12 hektar.
Apabila siap sepenuhnya pada bulan-bulan mendatang, hab itu akan turut mempunyai sebuah pusat penjaja dan poliklinik.
Tempahan sudah dibuka bagi dewan sukan baru itu yang boleh menyediakan 12 gelanggang badminton ataupun tiga gelanggang bola keranjang pada satu-satu masa.
Hab bersepadu itu juga adalah yang pertama dibina di sekeliling kemudahan masyarakat.
Ia akan dilengkapi dengan empat kolam renang serta gimnasium ActiveSG terbesar di Singapura menjelang tahun depan.
Menteri Kesihatan, Ong Ye Kung berkata kemudahan-kemudahan tersebut akan memainkan peranan penting dalam strategi jagaan pencegahan pemerintah, iaitu SG Lebih Sihat.
"SG Lebih Sihat tidak lengkap tanpa sokongan masyarakat. Ini kerana pada hari ini, jagaan kesihatan bukan saja di hospital tetapi juga di peringkat masyarakat. Keseluruhan kemudahan ini mesra warga emas. Anda hanya perlu menyesuaikan diri kepada kemudahan ini," kata Encik Ong.
Selain bersukan, dewan itu juga boleh menampatkan sehingga 2,000 orang pada satu-satu masa bagi acara masyarakat.
Kemudahan-kemudahan lain termasuklah kebun dan pusat jagaan warga emas.
Pada 2024, monumen negara Admiralty House akan diubah menjadi sebuah perpustakaan warisan bagi melengkapkan hab tersebut.

Sumber : CNA/RU/fa
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.