Dewan perniagaan Cina SG Malaysia tubuh jawatankuasa untuk bantu pelbagai aspek
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Syarikat-syarikat Singapura dan Malaysia kini boleh memanfaatkan satu sumber baharu bagi keperluan kakitangan mereka.
Ini selepas Dewan Perniagaan dan Perusahaan Cina Singapura dan Malaysia berganding bahu menubuhkan satu jawatankuasa bagi membantu perniagaan dalam pelbagai aspek, seperti tenaga pekerja.
Dua dewan perniagaan itu mewakili lebih 140,000 syarikat dan persatuan perdagangan.
Dengan rangkaian yang luas tersebut, syarikat-syarikat Singapura boleh mendapat akses lebih mudah bagi mendapatkan pekerja Malaysia, menerusi jawatankuasa baharu itu.
Selain itu, Jawatankuasa Bersama tersebut ingin berkongsi maklum balas dan idea-idea dengan pemerintah masing-masing.
Ini akan membantu syarikat-syarikat mengharungi pelbagai dasar dan persekitaran perniagaan di kedua-dua negara.
Jawatankuasa itu juga akan menyediakan sumber-sumber bagi syarikat-syarikat yang ingin mengembangkan perniagaan mereka.
"Kami ingin membantu mereka misalnya, bagaimana mencari sinergi antara komponen perniagaan bernilai tinggi di Singapura, boleh dilengkapi dengan jenis operasi yang kosnya lebih rendah," kata Presiden Dewan Perniagaan & Perusahaan Cina Singapura (SCCCI), Khoo Choon Keng.
"Ini agar anda akan membina kehidupan lebih baik bagi para penduduk di kedua-dua negara dan pada waktu yang sama, anda boleh mengoptimumkan kos dan hasil," tambahnya.
Kerjasama tersebut mengukuhkan lagi perjanjian-perjanjian yang sudahpun dimeterai kedua-dua dewan perniagaan dalam bidang seperti kemampanan dan pelancongan.

Sumber : CNA/NY/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.