Skip to main content

Singapura

Desmond Lee gesa pemimpin pelajar bayangkan sumbangan masa hadapan kepada SG dalam Forum Politeknik

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 15 Sep 2025 05:50PM Dikemas Kini : 02 Oct 2025 01:18PM
SINGAPURA: Menteri Pendidikan Desmond Lee menggesa pemimpin pelajar supaya membayangkan semula masa hadapan Singapura bagi dekad-dekad mendatang dan bagaimana mereka boleh menyumbang untuk menjadikannya satu kenyataan.

Dalam berbuat demikian, Encik Lee meminta mereka menimbangkan isu-isu utama yang dihadapi Singapura - iaitu penduduk yang semakin menua, perubahan iklim serta kemajuan pesat dalam kecerdasan buatan (AI) dan teknologi.

Beliau membuat gesaan itu di Forum Politeknik tahun ini.

Encik Lee berkata: "Memandang ke hadapan hanya 40 tahun dari sekarang, SG100 dan seterusnya, tidak lama lagi tanggungjawab dan kepimpinan akan terletak di bahu anda serta generasi anda untuk menerajui Singapura. Lebih cepat daripada yang anda fikirkan.

"Fikirkan tentang wawasan anda. Bayangkan tentang Singapura apabila tiba giliran anda untuk memimpin, untuk membentuk, untuk meyakinkan, untuk berhujah, untuk ke luar bagi mempertahankan kedudukan Singapura."

Encik Lee bercakap kepada lebih 500 pelajar dari lima politeknik dalam satu dialog tertutup.

Forum Politeknik itu adalah yang pertama dihadirinya sejak menjadi Menteri Pendidikan.

Mereka membincangkan pelbagai topik termasuk hidup secara mampan, masa depan pendidikan dan kemunculan AI.

Seorang penuntut tahun kedua Politeknik Republic berkata: "Pada pendapat saya, saya rasa AI ini sesuatu yang tidak mampan kerana ia menggunakan banyak tenaga dan air, dan ia tidak bagus untuk alam sekitar kita.

"Tetapi pada masa hadapan, saya rasa isu ini boleh dibetulkan dan diperbaiki."
Sumber : CNA/FZ/at
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita