Desmond Lee dilantik pengerusi PAP; Ong Ye Kung ganti Shanmugam sebagai bendahari
Menteri Pendidikan Desmond Lee dilantik sebagai pengerusi Parti Tindakan Rakyat (PAP), menurut parti mentadbir itu pada Khamis (29 Mei).
Encik Lee yang sebelum ini Penolong Setiausaha Agung PAP akan menggantikan mantan Timbalan Perdana Menteri Heng Swee Keat yang telah bersara dari politik.
"Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) merakamkan penghargaan kepada Encik Heng Swee Keat atas kepimpinan dan perkhidmatannya kepada PAP dan Singapura selama bertahun-tahun dan mengucapkan selamat bersara daripada politik," menurut PAP dalam satu kenyataan media.
Menteri Kesihatan Ong Ye Kung dilantik sebagai bendahari parti, mengambil alih peranan itu daripada Menteri Ehwal Dalam Negeri K Shanmugam.
Encik Ong sebelum ini adalah penolong bendahari parti.
Menteri Pembangunan Negara Chee Hong Tat mengambil alih sebagai penolong bendahari manakala Menteri Negara Pembangunan Negara merangkap Perdagangan dan Perusahaan Alvin Tan dilantik sebagai Pengerusi PAP Muda, mengambil alih daripada Menteri Negara Kanan Pendidikan merangkap Kemampanan dan Sekitaran Janil Puthucheary.
Menteri Negara Kanan Ehwal Dalam Negeri Faishal Ibrahim akan dilantik sebagai anggota baharu, menjadi pengerusi bagi Biro Ehwal Melayu PAP.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.