Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

"Design Orchard" bertujuan jadikan S'pura sebagai sebuah hab fesyen yang inovatif

Ruang baru bagi syarikat pemula yang dikenali sebagai "Design Orchard" akan membantu para pereka Singapura bersaing atas dasar hubungan, mutu dan jenama.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 05 Sep 2018 09:31PM Dikemas Kini : 05 Sep 2018 09:35PM

SINGAPURA: Ruang baru bagi syarikat pemula yang dikenali sebagai "Design Orchard" akan membantu para pereka Singapura bersaing atas dasar hubungan, mutu dan jenama.

Menteri Perdagangan dan Perusahaan, Chan Chun Sing berkata demikian di pembukaan Persidangan Tahunan Perusahaan Runcit Singapura ke-27 anjuran
Persatuan Peruncit-Peruncit Singapura.

Persekutuan Tekstil dan Fesyen akan mengurus dan mengendalikan ruang "Design Orchard" yang dibangunkan bersama oleh Enterprise Singapore, JTC dan Lembaga Pelancongan Singapura.

Kerjasama itu bertujuan meletakkan Singapura sebagai sebuah hab fesyen yang inovatif.

Namun, lebih daripada hanya mewujudkan budaya kerjasama, Encik Chan juga berkata para pekerja, khususnya golongan pengurus perlu dilatih semula untuk menyahut cabaran perdagangan elektronik.

Persatuan-persatuan perdagangan pula boleh membantu dengan berkongsi pengetahuan pasaran untuk memperelok dasar pemerintah. 

Sumber : CNA/UR/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan