Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Dermasiswa MUIS-Madrasah bakal bantu lebih ramai pelajar madrasah dari keluarga berpendapatan rendah

Anggaran Waktu Membaca:
Dermasiswa MUIS-Madrasah bakal bantu lebih ramai pelajar madrasah dari keluarga berpendapatan rendah

Gambar hiasan pelajar Madrasah Aljunied Al-Islamiah. (Gambar: Facebook Madrasah Aljunied Al-Islamiah)

SINGAPURA: Lebih ramai pelajar madrasah berpendapatan rendah akan dapat menerima bantuan kewangan maksimum untuk menampung keperluan pendidikan mereka.

Mulai 2024, Majlis Ugama Islam Singapura (MUIS) akan menawarkan geran S$1 juta kepada Lembaga Biasiswa Kenangan Maulud (LBKM) untuk mentadbir pengagihan Skim Bantuan Kewangan Madrasah di bawah Dana Kemajuan (PROMAS) dan Dermasiswa LBKM, yang kedua-duanya akan dikenali sebagai Dermasiswa MUIS-Madrasah sebagai sebahagian daripada usaha bagi membolehkan lebih ramai pelajar berpendapatan rendah menerima bantuan maksimum.

PROMAS adalah skim untuk pelajar yang keluarga mereka menerima bantuan zakat atau layak mendapat bantuan kewangan daripada kesemua enam madrasah sepenuh masa.

Skim yang dilancarkan pada 2010 sudahpun mengagihkan lebih $6.1 juta kepada para pelajar madrasah yang memerlukan.

SYARAT KELAYAKAN DERMASISWA MUIS-MADRASAH

Syarat kelayakan bagi penerima ialah:

a) Penerima zakat atau mereka dengan pendapatan bulanan per kapita keluarga (PCI) tidak melebih S$1,400 dan

b) Meraih kelulusan yang baik untuk subjek Bahasa Arab dan Pengajian Islam

Pendaftaran bagi Dermasiswa MUIS-Madrasah dibuka hari ini (26 Dis).

Pelajar yang layak digalakkan untuk mendaftar melalui laman web LBKM di http://lbkm.org.sg.
Sumber : BERITA Mediacorp/ae
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan