Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Dermasiswa dipertingkatkan untuk pelajar sambilan peringkat ijazah dan diploma mulai tahun depan

Dalam tahun akademik akan datang, lebih 2,000 pelajar sambilan kursus-kursus peringkat ijazah dan diploma yang mendapat subsidi pemerintah akan menerima lebih banyak bantuan kewangan menerusi dermasiswa yang dipertingkatkan.

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 17 Dec 2019 08:10PM Dikemas Kini : 17 Dec 2019 09:21PM

SINGAPURA: Dalam tahun akademik akan datang, lebih 2,000 pelajar sambilan kursus-kursus peringkat ijazah dan diploma yang mendapat subsidi pemerintah akan menerima lebih banyak bantuan kewangan menerusi dermasiswa yang dipertingkatkan.

Pemerintah dijangka membelanjakan S$2.8 juta setiap tahun bagi tujuan itu berbanding S$1.8 juta, sekarang.

Langkah itu adalah sebahagian daripada usaha-usaha untuk membantu para pelajar tidak kira latar belakang kewangan mereka.

Bekerja, belajar dan menjalankan tanggungjawab kepada keluarganya.

Itulah kegiatan harian Encik Zulfarhan sejak empat tahun lalu.

Bapa dua anak itu mengikuti kursus ijazah kejuruteraan secara sambilan di NTU, melibatkan kos sehingga S$7,000 setahun.

Encik Zulfarhan menerima Dermasiswa MOE sebanyak S$1,350 setahun.

Bagaimanapun mulai tahun akademik akan datang, beliau bakal menerima bantuan kewangan lebih besar.

Bagi golongan mahasiswa sambilan seperti Encik Zulfarhan yang mempunyai pendapatan per kapita keluarga tidak melebihi S$4,000 sebulan, mereka akan menerima dermasiswa sehingga S$2,500 setahun berbanding S$1,350 sekarang.

Para pelajar sambilan peringkat diploma dalam golongan itu pula akan menerima sehingga S$800 setahun daripada S$600 sekarang.

Para pelajar sambilan dari golongan keluarga dengan pendapatan per kapita antara S$4,001 hingga S$6,900 sebulan juga akan menerima bantuan kewangan lebih besar. 

Sumber : CNA/HK/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan